CARA DELETE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET(Terminate TnG eWallet)

Utama / TOUCH ‘N GO / CARA DELETE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET(Terminate TnG eWallet)

CARA DELETE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET(Terminate TnG eWallet)

Adakah anda pengguna Touch’n Go eWallet? Sekiranya ya, pernahkan anda perasan atau ternampak funtion delete/terminate akaun dalam aplikasi Tng ewallet?

Sebenarnya tiada funtion delete/terminate dalam aplkasi, tetapi sudah tentu anda ingin mengetahui cara untuk delete/terminate akaun TnG ewallet anda atas sebab-sebab atau alasan tertentukan, bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

PANDUAN DELETE/TERMINATE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET

Pastikan anda mengetahui delete/terminate ini perlukan pengesahan dari pihak TnG ewallet:

  1. Anda boleh mengemukakan permintaan yang dapat disahkan untuk pihak eWallet mereka menghapus maklumat peribadi yang mereka kumpulkan mengenai anda. Harap maklum bahawa ini tertakluk kepada pengecualian tertentu.
  2. Setelah mereka menerima dan mengesahkan permintaan anda yang dapat disahkan, mereka akan menghapus maklumat peribadi anda dari rekod mereka, kecuali pengecualian berlaku.
  3. Namun, jika mereka tidak dapat mengesahkan identiti anda, mereka akan menolak permintaan anda untuk menghapusnya. Mereka juga boleh menolak permintaan penghapusan anda jika menyimpan maklumat itu diperlukan bagi mereka atau penyedia perkhidmatan mereka

 

CARA DELETE/TERMINATE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET

Untuk delete/terminate akaun eWallet, terdapa beberapa cara iaitu:

 

Delete/Terminate Akaun TnG eWallet Hubungi Khidmat Pelanggan

  1. Hubungi khdimat pelanggan TnG eWallet di talian +603 5022 3888.
  2. Maklumkan dekat pegawai tersebut bahawa anda ingin delete/terminate akaun anda.
  3. Berikan maklumat akaun anda sekiranya diperlukan oleh pegawai tersebut.
  4. Simpan maklumat pengesahan yang anda berikan.
  5. Selesai

 

Delete/Terminate Akaun TnG eWallet Guna Facebook

  1. Layari facebook rasmi TnG eWallet: https://www.facebook.com/touchngoewallet/
  2. Klik pada send message
  3. Taipkan mengenai bahawa anda ingin delet/terminate akaun TnG eWallet anda
  4. Kemudian anda akan direply:Sekiranya anda ingin tamatkan akaun TnG eWallet anda, sila berikan maklumat dan alasan penamatan anda kepada kami dan kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut dalam hal ini.
  5. Maklumat yang diperlukan adalah:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • No Telefon ( yang berdaftar dengan TnG eWallet)
    • Salinan kad pengenalan ( depan dan belakang dengan palang)
  6. Selesai

 

Delete/Terminate Akaun TnG eWallet Guna Website TnG eWallet

  1. Layari pautan Pusat Bantuan TnG eWallet DI SINI 
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang permintaan anda seperti:
    • Email
    • No Telefon (yang berdaftar dengan TnG eWallet)
    • Nama Penuh
    • Jenis Bantuan – pilih Status Akaun > Penamatan
    • No Kad Pengenalan anda
    • Keterangan – isikan alasan/sebab anda ingin delete/terminate akaun TnG eWallet anda
    • Lampiran (sekiranya perlu)
  3. Setelah lengkap semuanya, tekan Submit.
  4. Anda kemudian akan dihubungi oleh pihak TnG eWallet melalui email untuk tindakan seterusnya.
  5. Selesai

ARTIKEL LAIN

24 Comments

  1. Saya juga ingin menukar no lama yang saya guna untuk daftar touch anda go dan saya ingin mendaftar dengan no yang baru tetapi tidak dapat , boleh bantu saya

  2. No ic saya registered pada nombor lama tapi saya Sudah tukar nombor baru so saya tidak boleh verify account saya

  3. no kp saya telah didaftarkan pada nombor lama tapi saya sudah tukar nombor baru,saya tidak dapat melakukan pengesahan akaun

  4. saya pernah mendaftar acc saya dengan menggunakan no yang lama, dan skrg saya telah tukar no baru. sekarang saya tak dapat masuk acc saya kerana saya telah daftarkan ic dengan no lama

  5. Saya ingin memadam akaun lama kerana kad hilang kemudian ingin memasukkan akaun baru.

  6. Saya ndak delete akaun e-wallet sebab tqk boleh ndak buka sampai skrg..terlupa no pin Dan juga terlupa soalan keselamatan

  7. saya pernah mendaftar acc saya dengan menggunakan no yang lama, dan skrg saya telah tukar no baru. sekarang saya tak dapat masuk acc saya kerana saya telah daftarkan ic dengan no lama

  8. Sa nak padamkan akaun /delet akaun yang 1 disebabkan kesalahan nama di situ sepatutnya @ bukannya Q kalo boleh tukarkan saja Q tu pi @

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *