Cara Guna DuitNow (Daftar Register Hantar & Terima Duit)

Utama / DUITNOW / Cara Guna DuitNow (Daftar Register Hantar & Terima Duit)

Cara Guna DuitNow (Daftar Register Hantar & Terima Duit)

Bagai mana caranya mahu transfer duit kepada rakan dengan mudah dan selamat??

Anda mengalami masalah ketika mahu menghantar wang ke rakan anda tapi tidak tahu nombor akaun dan bank mana?

Kini semua masalah itu anda tidak perlu fikirkan lagi lagi dengan duitnow. Hanya dengan mengetahui nombor telefon penerima, anda boleh membuat penghantaran terus wang kepadanya akaunnya.

DuitNow ialah perkhidmatan mudah dan selamat yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia yang menyokong kaedah ini. untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan CARA GUNA DuitNow

 

SENARAI BANK

Untuk pengetahuan anda, Buat sementara waktu ini, terdapat sebanyak 14 bank di dalam Malaysia yang menyokong dan mengendalikan penggunaan DuitNow. Antara senarai bank tersebut adalah seperti perkongsian di bawah :

CARA GUNA DuitNow

 

 

CARA MENGGUNAKAN DUITNOW

Sebagai makluman kepada anda, terdapat dua proses yang terlibat dalam penggunaan DuitNow iaitu :

  • pendaftaran DuitNow
  • pindahan wang melalui DuitNow.

Kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pendaftaran dan membuat pindahan wang

 

PENDAFTARAN DUITNOW

  1. anda mestilah log masuk ke akaun bank anda sendiri menggunakan username dan kata laluan yang sah yang telah anda daftarkan
  2. anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  3. Daftar ID dengan membuat pautan nombor telefon atau nombor MyKad bagi menghubungkan kepada akaun bank atau e-wallet anda

 

PINDAHAN WANG MELALUI DUITNOW

  1. Anda perlu log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah
  2. Anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  3. Masukkan nombor telefon bimbit penerima atau pilih dari senarai contacts dalam telefon anda
  4. Pilih akaun anda yang anda mahu gunakan, namun kebiasaanya ia adalah default di mana nombor akaun simpanan akan dipaparkan secara terus.
  5. Masukkan nilai wang ( cth 100 ) yang hendak dipindahkan
  6. Tekan butang Transfer Money
  7. Skrin akan memaparkan maklumat penerima untuk anda membuat pengesahan
  8. Klik butang Approved sekiranya maklumat penerima adalah betul dan tepat
  9. Pindahan wang akan dilakukan serta merta dan setelah berjaya dipindahkan
  10. Anda akan juga akan menerima SMS dari pihak bank yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dilakukan

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sekiranya nombor MyKad atau nombor telefon yang telah anda masukan tiada pautan dengan mana – mana nombor akaun bank penerima, pengirim wang akan menerima mesej makluman bahawa penerima tidak wujud dan proses pindahan yang anda ingin lakukan tidak dapat diteruskan.

Untuk pengetahuan anda setiap nombor MyKad atau nombor telefon hanya boleh dipautkan kepada satu akaun bank sahaja.

Sekiranya anda telah berdaftar, namun ingin menggunakan nombor telefon atau nombor MyKad untuk akaun bank lain, maka anda perlu menyah daftar akaun tersebut dahulu sebelum anda boleh membuat pendaftaran bagi akaun baru.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.duitnow.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)

 

7 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *