CARA GUNA (GMATE COVID-19 SALIVA / NASAL TEST KIT /BERIGHT COVID TEST KIT/ NEWGENE RTK SWAB TEST KIT)

Utama / CARA GUNA TEST KIT COVID-19 / CARA GUNA (GMATE COVID-19 SALIVA / NASAL TEST KIT /BERIGHT COVID TEST KIT/ NEWGENE RTK SWAB TEST KIT)

CARA GUNA (GMATE COVID-19 SALIVA / NASAL TEST KIT /BERIGHT COVID TEST KIT/ NEWGENE RTK SWAB TEST KIT)

Terkini anda boleh membuat ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus. Tetapi bagaimana cara untuk menggunakannya? Disini kami kongsikan cara menggunakannya, semoga membantu.

 

CARA GUNA GMATE COVID-19 SALIVA HOME KIT

Sekiranya anda membeli Gmate Covid 19 Saliva Home Kit, berikut adalah panduan cara penggunaannya:

  1. Satu kotak Gmate Covid 19 Saliva Home Kit mengandungi:
    • Buku panduan
    • Bekas Raegan
    • Corong
    • Penutup
    • Kit ujian
  2. Bilas mulut anda dengan air 30 minit sebelum menjalankan ujian dan jangan makan minum atau minum minuman beralkohol serta jangan merokok sebelum ujian.
  3. Buka penutup bekas Reagen
  4. Camtumkan corong dengan bekas Reagen
  5. Ludahkan air liur anda sehingga mencapai ¼ bekas reagen tersebut
  6. Keluarkan corong dari bekas Reagen dan pasangkan kembali penutup
  7. Tekan sebanyak 20 kali dan goncang sebanyak 20 kali
  8. Keluarkan ujian kit dari bungkusan, kemudia titiskan 4 titisan air liur tersebut dalam ujian kit tersebut
  9. Tunggu sehingga 15 minit, keputusan ujian akan terpapar.

 

CARA GUNA NASAL TEST KIT

Sekiranya anda membeli Rapid Antigent Test Nasal Test Kit, berikut adalah panduan cara penggunaannya:

  1. Satu kotak Nasal Test Kit mengandungi:
    • Panduan Pengguna
    • Rak
    • Buffer Ekstrak
    • Swab pakai Buang
    • Tiub Ekstrak
    • Kaset ujian
  2. Sebelum ujian dilakukan, jangan makan, merokok mengunyah atau minum minuman selain air kosong.
  3. Lipatkan Rak untuk menampung Tiub
  4. Letakkan Tiub pada Rak, kemudian titiskan 6 titisan Ekstrak Buffer
  5. Buka swab pakai buang dari bungkusan, sapukan 5 kali menggunakan hujung Fabric Tip pada dalam mulut pipi kiri, pipi kanan dan lelangit
  6. Masukkan swab tadi ke dalam tiub yang mengandung Buffer
  7. Kemudian ambil swab ke dua dan masukkan hujung Fabric Tip ke dalam lubang hidung sedalam 2cm kanan dan kiri
  8. Letakkan Swab yang kedua tadi kedalam tiub buffer yang sama
  9. Rendam kedua swab tadi dalam buffer dan kalau sehingga 10 kali, picit kedua-dua swab tadi untuk mengumpul sebanyak mungkin larutan ke dalam tiub
  10. Buang kedua0-dua swab tadi ke plastic sampah yang disediakan dan tutp dengan kemas
  11. Tutup tiup tadi dan campurkan dengan sampel tadi.
  12. Keluarkan kaset ujian dalam bungkusan, tambah 2 titis larutan sampel tadi(pastikan tiada gelembung udara)
  13. Baca hasil ujian dalam masa 10 minit hingga 15 minit.

 

CARA GUNA BERIGHT COVID TEST KIT

Sekiranya anda membeli Beright covid test kit, berikut adalah panduan cara penggunaannya:

  1. Satu kotak Beright covid test kit mengandungi:
    • Buku panduan
    • Test Tube
    • Reagen
    • Funnel
    • Kit ujian
  2. Sebelum ujian dilakukan, jangan makan, merokok mengunyah atau minum minuman 10 minit sebelum lakukan ujian
  3. Masukkan corong ke dalam tiub ujian
  4. Ludahkan air liur anda sehingga mencapai line pertama tiub ujian tersebut
  5. Masukkan reagen dalam tiub ujian tersebut
  6. Pasangkan kembali penutup dant ekan sebanyak 15 kali
  7. Keluarkan ujian kit dari bungkusan, kemudia titiskan 2 titik sampel tersebut dalam ujian kit tersebut
  8. Tunggu sehingga 15 minit, keputusan ujian akan terpapar.

 

CARA GUNANEWGENE RTK SWAB TEST KIT

Sekiranya anda membeli Newgene rtk swab test kit, berikut adalah panduan cara penggunaannya:

  1. Satu kotak Newgene rtk swab test kit mengandungi:
    • Buku panduan
    • Satu Batnag Swab
    • Popper
    • Tiub
    • Kit ujian
  2. Menggunakan hidung
    • Buka tiub sample
    • Masukkan sample swab ke dalam hidung, pusing 5 kali, atas bawah 3 kali
    • Masukkan swab tadi ke dalam tiub yang dibekalkan, pusing 5 kali dan tekan hujung sampel tadi
    • Tutup tiub swab test ,Biar 1 minit
  3. Kahak & air liur
    • Pengumpulan dahak air liur selepas bangun pagi lebit tepat.
    • Kumpul dahak ke dalam beg kertas , plastic
    • Masukkan 3 titik dahak kedalam tiub sampel
    • Biarkkan satu minit
  4. Kemudian masukkan 3 titik sampel ke dalam test kad RTK antigen
  5. Semak keputusan dalam masa 15 minit

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunan Rapid Antigen Test, anda boleh layari website rasmi KKM DI SINI 

 

ARTIKEL LAIN 

 

SENARAI LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19(Check Near Me)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *