CARA JUAL BALIK ASB (Guna myASNB Online, Maybank & CIMB)

Utama / CARA JUAL BALIK ASB / CARA JUAL BALIK ASB (Guna myASNB Online, Maybank & CIMB)

CARA JUAL BALIK ASB (Guna myASNB Online, Maybank & CIMB)

Sekiranya anda  mempunyai simpanan ASB, dan ingin mengeluarkan duit ASB anda semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara keluarkan duit ASB anda secara online dengan menggunakan MyASBN, melalui kauter ASB dan Cawangan Bank, semoga membantu.

 

CARA JUAL BALIK ASB GUNA PORTAL MYASBN

Untuk jual balik duit ASB anda secara online, anda boleh menggunakan portal MyASBN. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Bagi pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Untuk daftar MyASBN anda boleh rujuk DISINI
  2. Layari pautan MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
  3. Log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
  4. Pada paparan utama, klik pada menu Portfolio.
  5. Pilih pada Transaksi yang dikehendaki, klik pada Jualan Balik.
  6. Seterusnya tick pada terma dan syarat pengisytiharan dan klik Seterusnya.
  7. Masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan (Minimum RM100 dan maksimum RM500). Klik butang Seterusnya.
  8. Sila semak dan sahkan semula maklumat yang diisi
  9. Klik permintaan TAC, klik Seterusnya.
  10. Masukkan kod atau nombor TAC.
  11. Proses transaksi keluarkan duit ASB online selesai.
  12. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

NOTA: Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 dan maksimum RM500.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

 

CARA JUAL BALIK ASB GUNA  MAYBANK

Anda juga boleh menjual balik duit ASB melalui Bank Maybank. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda
  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri.
  3. Maklum kepada pegawai bertugas anda ingin jual duit ASB anda
  4. Seterusnya isikan borang Jualan Balik Unit ASB (warna merah)
  5. Isikan Nama, no telefon, no kad pengenalan, nombor ahli dan jumlah pengeluaran
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  7. Buat urusan di kaunter, kakitangan bertugas akan membuat semakan baki unit ASB anda.
  8. Pengesahan cap jari anda diperlukan
  9. Sekiranya tiada apa masalah, duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank anda

 

CARA JUAL BALIK ASB GUNA CIMB BANK

Anda juga boleh menjual balik duit ASB melalui CIMB Bank. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran anda
  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri.
  3. Maklum kepada pegawai bertugas anda ingin jual duit ASB anda. Pegawai bertugas akan semak kad pengenalan anda menggunakan mesin yang disediakan (Pastikan kad pengenalan anda dapat dibaca).
  4. Seterusnya isikan borang Jualan Balik Unit ASB (warna merah)
  5. Isikan Nama, no telefon, no kad pengenalan, nombor ahli dan jumlah pengeluaran. Pastikan anda memilih cara pengeluaran yang anda inginkan.
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  7. Buat urusan di kaunter, kakitangan bertugas akan membuat semakan baki unit ASB anda.
  8. Pengesahan cap jari anda diperlukan
  9. Sekiranya tiada apa masalah anda akan menerima resit penyata dan duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank anda

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI ASNB ONLINE(Permohonan Janji Temu Di Kaunter Cawangan ASB Seluruh Negeri)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *