CARA KELUARKAN DUIT ASB GUNA PORTAL MyASBN

CARA KELUARKAN DUIT ASB GUNA PORTAL MyASBN(ONLINE) /  KAUNTER / CAWANGAN BANK

Sekiranya anda  mempunyai simpanan ASB, dan ingin mengeluarkan duit ASB anda semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara keluarkan duit ASB anda secara online dengan menggunakan MyASBN, melalui kauter ASB dan Cawangan Bank, semoga membantu.

 

SYARAT PENGELUARAN DUIT ASB GUNA PORTAL MyASBN

  1. Anda sebagai pemegang unit boleh jual balik atau keluarkan secara online hanya menerusi portal atau aplikasi myASNB sahaja buat masa ini.
  2. Pengeluaran adalah terhad untuk 3 transaksi sahaja sebulan dengan nilai minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi dan maksimum sebanyak RM2000.
  3. Wang hasil jualan balik unit Amanah ASNB akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
  4. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak Berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit Amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

 

CARA KELUARKAN DUIT ASB GUNA PORTAL MyASBN

Untuk mengeluarkan duit ASB anda secara online, anda boleh menggunakan portal MyASBN. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Bagi pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Untuk daftar MyASBN anda boleh rujuk DISINI
  2. Layari pautan MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
  3. Log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
  4. Pada paparan utama, klik pada menu Portfolio.
  5. Pilih pada Transaksi yang dikehendaki, klik pada Jualan Balik.
  6. Seterusnya tick pada terma dan syarat pengisytiharan dan klik Seterusnya.
  7. Masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan (Minimum RM100 dan maksimum RM500). Klik butang Seterusnya.
  8. Sila semak dan sahkan semula maklumat yang diisi
  9. Klik permintaan TAC, klik Seterusnya.
  10. Masukkan kod atau nombor TAC.
  11. Proses transaksi keluarkan duit ASB online selesai.
  12. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

NOTA: Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 dan maksimum RM500.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

 

CARA KELUARKAN DUIT ASB DI KAUNTER

Sekiranya anda ingin mengeluarkan duit ASB anda di kaunter ASB, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan ASB berhampiran anda
  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri iaitu Ambil nombor giliran.
  3. Sila isi borang pengeluaran ASB dan isi 12 digit no akaun ASB Anda.
  4. Sekiranya Anda terlupa nombor akaun ASB, Anda boleh bertanya pada pegawai bertugas.
  5. Pengesahan cap jari diperlukan.
  6. Duit ASB yang Anda mahu keluarkan akan dimasukan ke bank pilihan Anda.
  7. Duit terus akan masuk dalam masa 24 jam untuk hari bekerja.kad pengenalan.

 

CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI CAWANGAN BANK

Anda juga boleh mengeluarkan duit ASB melalui Bank iaitu Maybank, CIMC, BSN, RHB, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Bank Mualamat, Hong Leong Bank, Bank Islam, Affin Bank dan Pos Malaysia. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan bank tersebut
  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri iaitu Ambil nombor giliran.
  3. Maklum kepada pegawai bertugan anda ingin keluarkan duit ASNB
  4. Seterusnya isikan Borang Jualan Balik
  5. Masukkan Nama, IC, nombor akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  7. Buat urusan di kaunter, pengesahan cap jari diperlukan
  8. Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank anda
  9. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI ASNB ONLINE(Permohonan Janji Temu Di Kaunter Cawangan ASB Seluruh Negeri)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *