CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM( TANPA MENGGUNAKAN KAD)
Pernahkah kebiasaannya terjadi kepada anda ketika ingin mengeluarkan duit tetapi anda terlupa membawa kad ATM? Bagaimana cara untuk keluarkan wang tanpa kad ATM di waktu kecemasan?
Terkini pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad, Maybank merupakan bank yang mempunyai perkhidmatan Cardless Withdrawal dimana membolehkan pelanggan Bank ini untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dengan mudah.
APA ITU CARDLESS WITHDRAWAL
Cardless Withdrawal adalah perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad yang membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM( TANPA MENGGUNAKAN KAD)
Untuk menggunakan cara ini, pastikan anda telah daftar perbankan online Maybank iaitu Maybak2u terlebih dahulu. Langkah pertama adalah anda kena menggunakan Maybank2u terlebih dahulu. Disini kami kongsikan panduan menggunakan Maybank2u di web dan aplikasi.
NOTA: Untuk pengeluaran duit tanpa kad ATM had maksimum adalah sebanyak RM300
CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM Menggunakan Website Maybank2u
- Layari pautan https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
- Log masuk akaun anda.
- Pada paparan utama, klik pada Quick Link dan pilih Tranfer
- Seterusnya klik pada Cardless Withdrawa atau “Open Cardless Withdrawal
- Isi maklumat yang diperlukan dan masukkan amaun yang ingin dikeluarkan (dari RM100 hingga RM300) dan klik Continue
- Klik “Request for TAC”, masukkan number TAC yang diterima. Kemudian klik Confirm
- Paparan akan menunjukkan transaksi anda berjaya dan caj RM1.06 akan dikenakan
- Kemudian anda akan terima 2 mesej iaitu:
- Withdrawal Code (6 Digit)
- Transaction ID (16 Digit)
- Seterusnya pergi dekat mesin ATM untuk keluarkan duit (penerangan semasa di mesin ATM dibawah)
CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM Menggunakan Aplikasi Maybank2u
- Buka aplikasi Maybak2u dan log masuk akaun anda.
- Pada paparan utama, klik pada Mobile
- Seterunya pilih transaksi Cardless ATM Withdrawal
- Isi maklumat yang diperlukan dan pilih amaun yang ingin dikeluarkan (RM100/RM200/RM300) dan klik Continue
- Kemudian anda akan terima 2 mesej iaitu:
- Withdrawal Code (6 Digit)
- Transaction ID (16 Digit)
- Seterusnya pergi dekat mesin ATM untuk keluarkan duit (penerangan semasa di mesin ATM dibawah)
Semasa Di Mesin ATM
Setelah anda selesai proses di atas dan telah menerima mesej Withdawal Code dan Transaction Id, berikut adalah cara untuk keluarkan duit tanpa kad ATM:
- Sentuh di scren mesin ATM dan pilih bahasa anda inginkan
- Seterusnya klik pada Pengeluaran Tanpa Kad
- Baca terma & syarat kemudian klik Teruskan
- Masukkan Transaction ID (16 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
- Kemudian masukkan Withdrawal Code (6 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
- Tunggu mesin ATM proses mengeluarkan duit anda, selesai.
ARTIKEL LAIN
CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)
CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW