CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP(Collect di cawangan & Servis GIT)

Utama / PUBLIC GOLD / CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP(Collect di cawangan & Servis GIT)

CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP(Collect di cawangan & Servis GIT)

 

Jika anda ingin mengeluarkan emas dari akaun GAP,Bagaimanakah cara keluarkan emas daripada akaun GAP?

Terdapat 2 cara untuk keluarkan emas daripada akaun GAP.

 

CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP MELALUI WALK IN KE CAWANGAN PUBLIC GOLD

Jika anda telah selesai membuat pembayaran,anda boleh buat temujanji untuk keluarkan emas dari akaun GAP,berikut adalah cara untuk buat janjitemu:

  1. Sila layari https://www.publicgold.com.my/index.php/branch
  2. Klik butang Book For Appointment
  3. Tekan dipaparkan terma yang dipaparkan,kemudian tekan CLOSE
  4. Kemudian sila pilih cawangan yang berdekatan dengan anda bagi tujuan collect emas
  5. Jika nak keluarkan emas,sila pilih STOCK COLLECTION (Fast Service)
  6. Sila pilih AVAILABE DATE & TIME
  7. Sila isi maklumat yang diperlukan(email,nombor telefon,PG Code,order number & booking notes)
  8. Klik SUBMIT BOOK APPOINTMENT
  9. Sila semak email untuk dapatkan salinan butiran temujanji
  10. Sila hantar Hantar salinan Booking kepada whatsapp staff Cawangan
  11. Sila hadir ke cawangan pada masa dan tarikh temujanji
  12. Resit pembelian diberikan semasa anda collect emas di cawangan Public Gold.

CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP MELALUI  SERVIS GOLD IN TRANSIT(GIT)

Cara ini sesuai jika Jika anda tinggal jauh daripada cawangan atau tak ada masa nak ambil emas sendiri, anda boleh gunakan servis terkini yang dikenalkan oleh Public Gold iaitu Gold In Transit (GIT). Emas anda akan dipos terus ke rumah. Dilindungi insurans lagi!

  1. Sila layari https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login
  2. Sila login akaun GAP guna PG Code dan kata laluan
  3. Kemudian Go To New Site
  4. Sila Klik GIT Withdrawal
  5. Tekan ikon troli.
  6. Masukkan kuantiti emas yang nak dikeluarkan dari GAP
  7. Klik Add to cart.
  8. Tekan New Address dan masukkan alamat anda.
  9. Klik Proceed
  10. Kemudian lengkapkan alamat anda dan klik Save
  11. Klik Proceed.
  12. Klik Send TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon anda.
  13. Sila Tick kotak I Agree dan klik Checkout Order.
  14. Kemudian pilih bank anda dan klik Procced & Pay.
  15. Sila selesaikan urusan pembayaran dari akaun bank anda.
  16. Kemudian klik Back to GSAP Portal dan selesai.

 

CONTOH PENGIRAAN BAYARAN GOLD PREMIUM

Sila rujuk jadual bayaran gold premium untuk mengeluarkan emas(Semenanjung/Sabah/Sarawak)

Berikut adalah contoh pengiraan bayaran gold premium:

  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut dalam bentuk 1 gram x 10 keping, anda perlu bayar premium sebanyak  RM 10 x 10 = RM 100
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut dalam bentuk 5 gram x 2 keping, anda perlu bayar premium sebanyak RM 10 x 2 = RM 20
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, anda perlu bayar premium sebanyak RM 15 x 1 = RM 15

Berikut adalah contoh pengiraan bayaran dinar premium:

Jika anda memilih untuk mengeluarkan 1 Dinar x 2 keping dan ½ Dinar x 1 keping, premium yang perlu anda bayar adalah (RM 10 x 2) + (RM 10 x 1) = RM 30

(Baki emas dalam akaun GAP anda akan jadi dalam bentuk perpuluhan; 12 gram – (4.25 gram x 2) – (2.125 gram x 1) = 1.375 gram). Nota : 1 Dinar = 4.25 gram.

 

SOALAN LAZIM

Apa yang saya perlu lakukan sebelum keluarkan emas daripada akaun GAP?

Pastikan salinan kad pengenalan dah di upload di website Public Gold. Rujuk link: Update Profile

Bagaimana cara isi order number?

Bahagian Order number rujuk email anda (untuk belian EPP atau Bayaran Penuh)

Boleh keluarkan emas dari akaun GAP di mana-mana cawangan Public Gold?

Ya,anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia

Adakah boleh pilih nak keluarkan emas dalam bentuk apa?

Ya,anda boleh pilih sama ada nak keluarkan jongkong emas atau dinar emas.

Berapa had minimum pengeluaran akaun GAP?

Minimum pengeluaran adalah jongkong emas 1 gram.

Adakah boleh pilih nak keluarkan jongkong emas berat yang berbeza?

Anda juga boleh memilih jongkong emas yang lebih besar seperti 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram.

Pilihan dinar pula ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Boleh ke keluarkan semua emas dari akaun GAP?

Anda boleh keluarkan semua emas daripada akaun GAP (baki minima 1 gram mesti ditinggalkan untuk akaun kekal aktif).

Baki 1 gram itu boleh dikeluarkan apabila anda berhasrat menutup terus akaun GAP anda. Jika nak buka semula anda akan dicaj RM 50.

Adakah dikenakan bayaran jika hendak keluarkan emas dari akaun GAP?

Pengeluaran emas fizikal dikenakan gold premium (mengikut jenis emas yang anda keluarkan).

Boleh ke hantar wakil untuk keluarkan emas?

Pemilik akaun GAP / pentadbir akaun bersama perlu mengambil sendiri emas fizikal di cawangan Public Gold. Wakil tidak dibenarkan.

 

ARTIKEL LAIN

DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)

i-INVEST KWSP: Cara Daftar Skim Pelaburan Pencarum

CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *