CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

Utama / MySejahtera / CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

 

Pesakit Covid-19 di Lembah Klang yang dikuaratin rumah adalah diwajibkan mengemaskini status kesihatan setiap hari. Ini membolehkan bantuan awal dapat diberikan sekiranya pesakit menunjukkan tanda-tanda awal gejala menjadi teruk.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Home Assessment Tool berfungsi untuk membolehkan individu menjalani penilaian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.

 

Kami akan berkongsikan kepada anda cara kemaskini Home Assessment Tool di MySejahtera anda. Anda hanya perlu ikut panduan mudah tersebut.

 

Siapakah Yang Perlu Kemaskini Home Assesment Tool MySejahtera

 

Home Assesment Tool (HAT) perlu digunakan oleh pesakit dan kontak rapat Covid-19 untuk memantau gejala-gejala yang memerlukan rawatan segera.

 

Cara Kemaskini Home Assesment Tool Mysejahtera

 

Berikut adalah panduan kemaskini mengikut turutan:

 

  1. Pergi ke laman utama MySejahrtera
  2. Semak tab Perlu Dilakukan
  3. Jawab soalan yang ada di dalam HAT setiap hari.

 

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA

 

Cara Istiharkan Diri Sebagai Kontak Rapat

 

Kontak rapat diwajibkan mengsitiharkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai Langkah awal untuk memastikan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat membuat pemantauan.

 

Berikut adalah cara membuat Istihar Diri Sebagai Kontak Rapat di MySejahtera :

 

  1. Klik ‘Status COVID-19’ di laman utama aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan ‘Mula’ untuk mula menjawab soalan.
  3. Jawab ‘Ya’ jika anda merupakan kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  4. Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut.

 

Semua kontak rapat perlu menjalani pengasingan atau kuaratin di rumah sendiri atau di pusat kuaratin.

 

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA

 

Siapakah Kontak Rapat Covid-19

 

Kontak rapat adalah individu yang berhubung secara lansung dengan kes positif Covid-19 dalam masa 14 haari kebelakang, sama ada secara bersemuka dengan pesakit Covid -19 oada jaarak kurang 1 meter atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes Covid-19.

 

Pengesanan Kontak Rapat Covid-19

 

Pengesanan kontak adalah prosedur untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Proses ini bertujuan untuk membendung penularan penyakit COVID-19 dalam kalangan komuniti dan memudahkan pengawalan penyakit.

 

Pengesanan kes akan dilakukan oleh pegawai kesihatan di Pejabat Kesihatan Derah di mana pesakit akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat sejarah perjalanan dan kontak rapat sepanjang 14 hari yang lepas.

 

Setelah saringan dan ujian COVID-19 dijalankan, kontak rapat akan dipakaikan gelang dan diberikan borang Home Assessment Tool – HAT ( BM / EN ) untuk menilai tahap kesihatan harian secara kendiri di rumah.

 

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan memantau dan menghubungi kontak tersebut dari semasa ke semasa dalam tempoh 14 hari.

 

Kontak yang disahkan negatif pada hari ke-13 akan diberikan pelepasan dari menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di RumahHome Surveillance Order (HSO) dan gelang pengawasan akan ditanggalkan oleh pegawai diberi kuasa di Pejabat Kesihatan Daerah pada hari ke-14.

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

 

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *