CARA LAPORKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 MySEJAHTERA TERKINI

Utama / COVID-19 / CARA LAPORKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 MySEJAHTERA TERKINI

CARA LAPORKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 MySEJAHTERA TERKINI

Terkini kes peningkat covid-19 semakin meningkat, anda dinasihatakan untuk mengamalkan SOP yang sewajarnya bagi elakkan dijangkiti virus ini. Sekiranya terdapat gejala-gejala awal, sebaiknya anda membuat ujian kendiri. Disini kami akan kongsikan kepada anca cara untuk laporkan keputusan ujian Covid-19 sama ada positif atau negetif di aplikasi MySejahtera, semoga membantu.

 

TANDA PERLU JALANI UJIAN KENDIRI COVID-19

Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak, anda boleh melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 dan laporkan keputusan tersebut di aplikasi MySejahtera.

 

RAPID ANTIGENT TEST  COVID -19

Berikut adalah kit Rapid Antigent Test Covid-19 dan penerangan tujuan nya:

  1. Kit Salixium COVID-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test)saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung),
  2. kit Gmate® COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

 

PENGGUNAAN KIT RAPID ANTIGENT TEST  COVID -19

Penggunaan Kit Rapid Antigent Test adalah Saringan kendiri, Saringan Kontak Rapat dan Saringan lain yang bersesuaian. Berikut adalah semakan penggunaan Kit (Anggaran masa keberkesanan adalah 10 hingga 15 minit):

  • Positif
  • Negetif
  • Invalid

Bagi pelaporan, semua keputusan ujian Kit Ujian Kendiri perlu dilaporkan ke dalam aplikasi MySejahtera.

 

CARA LAPOR KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19 DI MYSEJAHTERA

Sebelum anda membuat kemaskini, pastikan anda telah update aplikasi MySejatera anda yang terkini. Berikut adalah cara kemaskini keputusan ujian kendiri C-19 dalam MySejahtera:

  1. Buka aplikasi Mysejahtera anda.
  2. Pada halaman utama, klik pada ikon Covid-19 dan pilih Covid-19 Ujian Kendiri
  3. Jawab soalan yang tertera. pastikan anda menjawab dengan betul.
  4. Status risiko anda pada bahagian Profil COVID-19 akan berubah setelah semua butiran maklumat dihantar. Jika tidak berubah, klik pada Muat Semula Status untuk kemaskini kembali.
  5. Perintah Pengasingan atau Pengawasan atau Home Surveillance Order (HSO) akan dipaparkan pada halaman profil MySejahtera.
  6. Anda digalakkan untuk menyimpan tangkapan skrin (screenshot) HSO yang telah diberikan.
  7. Pastikan anda sentiasa mengisi Home Assessment Tool (HAT) sepanjang anda dikenakan Perintah Pengasingan atau Pengawasan.
  8. Sekiranya terdapat permasalahan berkaitan paparan HSO, anda boleh klik pada butang Bantuan untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

NOTA: Kontak rapat kepada kes COVID-19 juga digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

 

SOALAN LAZIM

Adakah ujian ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

  • Ya, ujian ini didaftarkan dan diluluskan oleh Medical Devices Authority (MDA) yang merupakan bahagian alat perubatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Bilakah saya harus menggunakan kit ujian?

  • Tidak ada masa yang tepat untuk menggunakan ujian ini kerana anda umumnya tidak tahu kapan anda terdedah kepada virus Covid-19. Apabila viral load Covid-19 dalam air liur / nasofaring anda memuncak pada hari ke-5 dan seterusnya, anda boleh menggunakan ujian pada hari ke-5 jangkitan. Anda juga dapat menguji ketika anda berada di daerah berisiko tinggi, jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, demam, kesukaran bernafas, rasa tidak sedap, dan apa-apa gejala yang berkaitan dengan virus Covid-19, atau jika anda hanya memerlukan pencegahan dan ketenangan jiwa.

Bolehkah Kit ini digunakan oleh kanak-kanak?

  • Ya, ia boleh digunakan oleh anak-anak dari semua peringkat umur yang dapat melakukan prosedur meludah yang diperlukan.

 

ARTIKEL LAIN

4 Comments

  1. Adakah jenama Covid-19 antigen rapid test (oral fluid) for self-testing – Global Science Sdn Bhd, juga boleh digunakan dalam ujian kendiri ini?

  2. Saya tak dapat pengesahan email dr mysejahtera selepas isi ujian kendiri. Apa yang saya perlu lakukan tentang masalah ini ???

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *