CARA KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021
BPR 2021 adalah bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum BPR 2021. Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021. Anda boleh cuba APPLY BPR 2021
Sekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2,0 , anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja. Kami akan kongsikan CARA BUAT KEMASKINI
SIAPA YANG PERLU MEMBUAT KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021 ?
Pemohon perlu membuat KemasKini dan CHECK BPR adalah seperti berikut :
- Pemohon BSH 2020
- BPN 2.0 yang lulus
TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT BPR 2021
Kemaskini BPR dan PENDAFTARAN BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).
anda juga boleh baca dan mengetahui kenapa berlaku KESILAPAN PERMOHONAN I-SINAR
TARIKH BAYARAN BPR & KADAR BANTUAN
Bagi pemohon yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat , bayaran dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:
- Fasa 1 – April / Mei 2021
- Fasa 2 – September / Oktober 2021
CARA KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021
Dibawah merupakan panduan bergambar bagaimana cara membuat kemaskini permohonan BPR 2021
sebelum membuat permohonan cuba buat SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BPR 2021 dan ketahui maklumat PEMBAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021
* TIPS MUDAH AKSES:
- Pemohon digalakkan menggunakan komputer atau desktop
- pilihan private atau incongito window untuk lebih mudah akses
1. Layari Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my dan klik Log Masuk
2. Anda perlu masukkan No Kad Pengenalan ( tidak perlu letakkan simbol – ) dan Klik Semak
3. Klik Daftar Akaun
4. Isikan Kata Kunci Keselamatan dan semua Soalan Keselamatan dan klik Teruskan
5. Cipta Kata Laluan Baharu (Pastikan 8 Aksara, huruf kecil dan huruf besar beserta simbolb)
6. Pendaftaran telah berjaya dan sila Log Masuk
7. Klik Kemaskini Permohonan
8. Isikan Maklumat Permohonan (Jika Ada Perubahan)
9. Masukkan Maklumat Anak (jika ada tambahan anak)
10. Muat naik DOKUMEN SOKONGAN BPR : SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN & CARA SERAHAN
11. Klik Teruskan
12. Masukkan Kod dan klik Sahkan Captcha
13. Tandakan betul pada kotak perakuan
14. Klik Hantar
15. Permohonan telah berjaya dihantar (Boleh cetak sebagai simpanan)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Semakan BPR
Pemohon BPR 2021 yang ingin mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, anda boleh lakukannya dengan menghubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
- TALIAN TELEFON BPR 2021 : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Captcha tak boleh sah walaupun dah taip betul! Mcm mana ni?
sama.. masuk berkali-kali captcha. dah taip betul pun tak lepas..
mcm mana kemaskini status kahwin, dah masukkn ic pasangan, detect pula ic pasangan tlah wujud..langsung tak dpt kemaskini
Bodoh 😡😡 dah buat berkali2 tetap tak lepas jugak
CANNOT RESET PASSWORD. WHY
TRY MANY TIME
pasar rumah wang
kalo x silap kena batal permohonan salah satu pasangan baru bole kemaskini. 1 pasangan 1 permohonan sahaja. xdpt proses kalau masing2 ada permohonan.
* Anda bukan Penerima bayaran Fasa 1 BPR 2021. Walau bagaimanapun, permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021
…….ini apa ah……lulu’s ke tak,????
Thanks for giving these useful, healthy, educational and as well as unique guidance on your topic.