CARA KIRA ASB & ASB FINANCING / LOAN ( Mana Lagi Untung)

Utama / CARA KIRA ASB LOAN / CARA KIRA ASB & ASB FINANCING / LOAN ( Mana Lagi Untung)

CARA KIRA ASB & ASB FINANCING / LOAN ( Mana Lagi Untung)

 

Kepada pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anda semestinya ingin mengetahui cara kira dividen ASB dan juga mungkin ingin mengetahui cara kiraan ASB Financing atau ASB Loan.

Ini kerana dapat membantu anda dapat bezakan mana yang akan lebih untung. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

 

APA ITU ASB?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu bentuk pelaburan terbaik bagi kaum bumiputera yang mahu mencari sebuah instrument simpanan yang lebih efisyen dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah.

 

CARA KIRAAN DIVIDEN ASB

Berikut adalah cara kira dividen ASB:

  1. Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu. Cara kiraannya adalah seperti berikut

  • = RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
  • = RM600

Contoh 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000. Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

  • = RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
  • = (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

 

CARA KIRAAN ASB LOAN

Berikut adalah merupakan cara kira ASB Loan:

  1. Sekiranya anda membuat ASB loan sebanyak RM40,000 yang diikat selama 30 tahun dengan bayaran bulan RM200.
  2. Katakan kadar dividen ASB pada tahun itu ialah sebanyak 8%., nilai itu akan memberi pulangan tambahan sebanyak RM3,200 setiap tahun.
  3. Anda boleh rujuk pada jaudal dibawah untuk lebih memahami:
ItemASB Loan
Bayaran bulananRM200
Jumlah tahun pertamaPinjaman tersedia RM40,000
Keuntungan hujung tahunRM40,000 x 8% = RM3,200
Selepas 30 tahunRM40,000 + (RM3,200 x 30) = RM136,000
Jika bayar guna keuntunganRM3,200 – (RM200 x12) = RM800
  1. Anda juga boleh membuat penggiraan secara online di sini: http://myrakan.com/misc/asb.php

 

CARA KIRAAN ASB FINANCING

Berikut adalah merupakan cara kiraan ASB Financing:

  • Jumlah Nilai ASBF x 5% = Dividen tahunan

Contoh 1:

  • ASBF RM200,000 x 5% = RM10,000
  • ASBF RM100,000 x 5% = RM5,000
  • ASBF RM50,000 x 5% = RM2,500

Contoh 2: Cara kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)

  • Katakan tempoh adalah baru 10 bulan dan buat ASBF sebanyak RM100,000
  • ASBF RM100,000 = Dividen Tahunan RM5,000
    • (Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
  • RM5,000 / 12 = RM417
    • (Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
  • RM417 x 10 bulan = RM4,170

 

SEMAKAN PENYATA ONLINE MYASNB

Anda juga boleh membuat semakan penyata kewangan serta dividen yang dikreditkan ke akaun ASB anda secara online seperti berikut:

  • Log masuk ke Portal MyASNB atau daftar terlebih dahulu sekiranya anda pennguna baru
  • Tekan menu Semakan Penyata
  • Pilih tahun penyata kewangan yang ingin disemak.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AUTO LABUR ASB (Guna Aplikasi MyASNB)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *