CARA MAIN KUTU MAYBANK (Creat Goal & Duit Simpanan)
Bagi individu di luar sana yang mempunyai masalah menyimpan dan boros, anda boleh membuat simpanan secara paksa rela. ‘Tabung’ atau ‘Goal’ adalah satu ciri baharu yang diperkenalkan oleh pihak maybank melaului Maybank2U bagi membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matlamat simpanan mereka. hari ini kami akan kongsikan CARA MAIN KUTU MAYBANK
FAEDAH CREATE GOAL DI MAYBANK
Berikut merupakan faedah yang boleh diperolehi
- Tetapkan Matlamat tanpa kos dan tidak memerlukan jumlah minimum.
- Penjimatan elektronik berdasarkan matlamat di mana pencapaian simpanan ditunjukkan dalam papan pemuka utama.
- Kadar faedah berperingkat, dikira setiap hari dan dikreditkan setiap tahun setiap bulan Jun dan Disember.
- Gambaran keseluruhan simpanan gabungan sehenti di Maybank2u.
jangan membuang masa, anda boleh REGISTER MAE MAYBANK ( daftar & aktifkan online)
SIAPA YANG LAYAK UNTUK CREATE GOAL MAYBANK INI?
Semua pemilik dan pemilik tunggal akaun Maybank2u dengan CASA [Konvensional & Islamik].
AKAUN YANG TIDAK BOLEH UNTUK CREATE GOAL MAYBANK
Akaun yang tidak layak ialah akaun Akaun Simpanan Peribadi, akaun Overdraf, akaun Bawah 18 tahun (Yippie dan IMTeen) dengan kemudahan Overdraf dan akaun Pembiayaan Margin Saham.
TAMBAH AMAUN GOAL
Tambah amaun anda dengan jumlah yang anda ingin mempercepat pencapaian matlamat atau menjimatkan lebih daripada jumlah yang dikehendaki. Hanya klik pada ikon tiga titik dan pilih ‘Top Up Goal’.
CARA ‘CREATE GOAL’ MAYBANK
Bagi sesiapa yang ingin mencipta create goal, anda hanya perlu mengikut Langkah yang dikongsikan isi secara satu persatu. Pastikan anda sudah mempunyai akaun maybank
- Anda perlu membuka pelayar dan cari website Maybank2u ataupun taip maybank2u.com.my
- Anda hanya perlu LOGIN MAYBANK2U WEB & MOBILE M2U macam biasa menggunakan ID dan password masing-masing.
- Skrol ke bahagian bawah dan anda akan jumpa Create Goal +
- Kemudian anda perlu memilih Category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti :
- Gift
- Family
- Travel
- Shopping
- Education
- Retirement
- Others (boleh namakan sendiri)
- Selepas itu anda hanya perlu letakkan Goal Name yang kita nak. (Contohnya kalau target nak deposit kereta, letak ‘Deposit kereta’ dan sebagainya.)
- Pada bahagian Commitment akan ada by Monthly Amount dan by Duration.
- Kemudian anda perlu klik Saving Account-i
- Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount
- Letak berapa jumlah untuk deposit pertama kita. (Yang ni RM20 sebagai deposit pertama pun boleh.)
- Seterusnya anda perlu letak berapa jumlah yang hendak ditolak setiap bulan dari akaun Maybank.
- Starting Date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.
- Jika anda dah set semua, anda perlu klik Start.
- Semak semula details dulu, kalau dah berpuashati, anda boleh click Confirm.
- Baiklah, anda sudah selsai. Anda boleh tunggu simpanan kita masuk bank pada tarikh yang ditetapkan.
CARA BATALKAN FUNFSI JIKA TERDAPAT KECEMASAN DAN PERLUKAN WANG
- Anda dapat membatalkan fungsi ini pada bila-bila masa. Pergi ke ‘Goal’.
- Klik pada ikon tiga titik
- pilih ‘Remove Goal’
- Dana akan dikreditkan semula ke dalam akaun Simpanan anda sejurus selepas itu.
ARTIKEL LAIN
sudahkan anda GUNA MAYBANK MAE
3 thoughts on “CARA MAIN KUTU MAYBANK (Creat Goal & Duit Simpanan)”