CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goals Maybank & Cimb Clicks)

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goals Maybank & Cimb Clicks)

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goals Maybank & Cimb Clicks)

Menabung adalah satu amalan mulia.Bagaimanakah cara menabung sendiri secara online?

Anda boleh menabung secara online menggunakan  MY Goals Maybank dan Cimb Clicks.Berikut adalah caranya.

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goals Maybank)

Jika anda mempunyai akaun Maybank2u,anda boleh menabung sendiri secara online menggunakan My Goals Maybank.

CONTOH SITUASI MENABUNG ONLINE (Guna My Goals)

CONTOH 1

Simpan duit untuk kahwin selama 3 tahun sebanyak RM30000.Maybank akan terus asingkan duit setiap bulan untuk tersebut daripada akaun simpanan anda.

CONTOH 2

Simpan duit untuk beli tanah lot rumah selama 6 tahun sebanyak RM40000. Maybank akan terus asingkan duit setiap bulan untuk tersebut daripada akaun simpanan anda.

 

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goals Maybank)

Berikut adalah cara menabung guna My Goals:

  • Anda perlu Log In akaun anda terlebih dahulu di www.maybank2u.com.my. Anda tidak boleh gunakan fungsi di aplikasi Maybank2u.

 

 

  • Kemudian anda akan dibawa ke halaman utama Maybank2u. Anda hanya perlu skroll ke bawah sedikit dan akan nampak fungsi Create Goal + dan klik padanya.

 

 

 

  • Anda perlu isikan tetapan anda mengikut maklumat yang diperlukan seperti Kategori, Goal Name dan Commitment

 

Kategori – Anda boleh pilih travel, shopping, gift, family, education atau pilih others mana yang tiada dalam senarai.

Goal Name – Isi mengikut apa yang anda mahu

Commitment – Disini terdapat 2 pilihan

 

by Monthly Amount – anda mahu simpan beberapa jumlah yang anda mahu setiap bulan untuk tempoh yang anda tetapkan

  • Masukkan jumlah (RM) yang anda mahu
  • Masukkan first deposit (pilihan)
  • Masukkan jumlah bayaran secara bulanan yang anda mampu
  • Akhir sekali, Maybank akan kirakan tempoh yang diperlukan untuk anda capai jumlah yang anda mahu

 

 

 

by Duration – anda mahu dapatkan sejumlah amount tetapi tidak terikat dengan simpanan bulanan

  • Masukkan jumlah (RM) yang anda mahu
  • Masukkan first deposit (pilihan)
  • Masukkan tempoh (3 bulan dan ke atas)
  • Akhir sekali, Maybank akan kirakan berapa simpanan bulanan yang akan diambil daripada akaun Maybank anda untuk capai jumlah yang anda mahu

 

  • Jika sudah siap set semua. Klik pada butang START

 

  • Jika sudah betul dan pasti kesemua maklumat, anda perlu request TAC nombor dan lengkapkan TAC dan klik COMFIRM.

 

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goal Cimb Clicks)

Jika anda mempunyai akaun Cimb Clicks,anda juga boleh menabung secara online guna My Goals Cimb Clicks.

 

CARA MENABUNG SENDIRI ONLINE(Guna MY Goal Cimb Clicks)

  1. Sila buka apps/ web Cimb Clicks

 

  1. Klik Accounts dan klik “My Goals”.

 

  1. Kalau belum create goals klik saja OK.

 

  1. Kemudian pilih category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti travel, rainy day, shopping, health & fitness dan others.

 

  1. Pada bahagian Goal Target (Berapa jumlah anda ingin simpan)
  2. Pada bahagian Auto Contribution dia akan auto tetapkan berapa amaun setiap bulan berdasarkan Goal Target anda. Jadi setiap bulan pihak Cimb Bank akan tolak berapa yang anda set.

 

  1. Sila buat semakan semula untuk elak sebarang kesilapan dan anda perlu klik PROCEED.Siap.

 

ARTIKEL LAIN

CIMB OCTOSAVERS:CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE MENGGUNAKAN CIMB APLLY

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

CARA BAYAR BIL ASTRO ONLINE(Guna JomPAY Maybank/CIMB CLICKS & SMS)

SENARAI LOKASI ATM MAYBANK BRANCHES SELURUH MALAYSIA(NO PHONE SEKALI)

Leave a Comment