CARA ORDER (BUAT PESANAN) GUNA SHOPEEFOOD(Makanan & Minuman)

Utama / SHOPEEFOOD PARTNER/MERCHANT / CARA ORDER (BUAT PESANAN) GUNA SHOPEEFOOD(Makanan & Minuman)

CARA ORDER (BUAT PESANAN) GUNA SHOPEEFOOD(Makanan & Minuman)

Kepada penggemar Shopee, terkini Shopee telah perkenalkan ShopeeFood iaitu khidmat pesanan makanan di restoren berhampiran anda. Tetapi buat masa kini hanya beberapa kawasan di Lembah Klang sahaja yang di perkenalkan. Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda hanya perlu update aplikasi Shopee terlebih dahulu.Bagaimna cara order untuk menggunakan ShopeeFood untuk  membuat pesanan makanan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU SHOPEEFOOD

 

Shopee Food adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang dimiliki oleh Shopee. Pengguna dapat memesan makanan menggunakan aplikasi Shopee. Bagi peniaga  kedai makan, boleh melakukan pendaftaran dimana seterusnya pihak Shopee akan memproses permohonan dan meluluskannya sekiranya berjaya.

 

Antara peniaga makanan yang boleh berdaftar adalah:

  • Pemilik restoran,
  • Kafe
  • Gerai
  • Trak makanan
  • Gerai penjaja

 

 

CARA ORDER (BUAT PESANAN) GUNA SHOPEEFOOD(Makanan & Minuman)

 

 

Selepas anda kemaskini aplikasi Shopee dan sekiranya perkhidmatan ini tersedia di kawasan anda, anda boleh membuat pesanan makanan. Berikut adalah merupakan caranya:

 

  1. Buka aplikasi Shopee anda. Sekiranya anda belum mempunya aplikasi shopee, anda boleh muat turun disini:
    1. Play Store bagi pengguna Android
    2. Apple Store bagi pengguna IOS
  2. Pada menu utama, klik pada Ikon ShopeeFood.
  3. Kemudian anda bole mencari dan memilih makanan yang anda ingin.mahu seterusnya klik + pada makanan yang anda inginkan.
  4. Setelah siap memilih, klik pada Checkout. Pastikan alamat dan nombor telefon anda adalah tepat
  5. Seterusnya pilih jenis pembayaran yang anda inginkan dan klik Place Order.
  6. Setelah selesai pembayaran, tunggu makanan sampai kepada anda
  7. Anda juga boleh melihat status penghantaran makanan anda iaitu jika rider sudah sampai ke restoren tersebut kemudian dihantar terus kepada alamat rumah anda.

NOTA: Sekiranya terdapat masalah berkaitan penghantaran makanan, anda boleh hubungi customer service di 03 2777 9222 atau melalui Help Center 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara order ShopeeFood dan kawasan yang telah mempunyai perkhidmatan ini, anda boleh:

  1. Layari website rasmi Shoppe: https://shopee.com.my/
  2. Hubungi: 03-2777 9222
  3. Email: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNER/MERCHANT (Kedai Makan & Restoran)

SHOPEEFOOD RIDER:CARA DAFTAR JADI RIDER DAN SYARAT

 

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *