CARA ORDER (FoodPanda/GrabFood/GrabCar/KFC/Mcd/Subway/Starbuck/Domino Pizza/A&W)

CARA ORDER (FoodPanda/GrabFood/GrabCar/KFC/Mcd/Subway/Starbuck/Domino Pizza/A&W)

CARA ORDER

Sekiranya anda ingin memesan makanan, terkini anda hanya boleh order secara online sahaja, tidak perlu lagi memikirkan masalah kesesakan lalu lintas serta parking. Makanan pilihan anda akan tiba di depan pintu rumah hanya dengan membuat tempahan secara atas talian sahaja

 

Bagaimana cara order secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

CARA ORDER FOODPANDA

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui FoodPanda:

  1. Buka aplikasi foodpanda anda, pastikan anda telah login
  2. Pilih lokasi anda berada, kerana akan terpapar kedai-kedai yang ada berhampiran anda
  3. Klik pada kedai yang anda ingin, lihat menu yang ada beserta harga.
  4. Tambah pada troli seterusnya tekan checkout
  5. Akan terpapar senarai harga yang perlu dibayar
  6. Pilih cara pembayaran yang anda inginkan, teruskan proses sehingga selesai
  7. Makanan akan tiba di pintu rumah anda dalam masa 30 minit.

 

CARA ORDER GRABFOOD

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui GrabFood:

  1. Buka aplikasi grab anda, pastikan anda telah login
  2. Pilih pada Food
  3. Pilih lokasi anda berada, senarai restoran berhampiran anda akan terpapar
  4. Klik pada restoran yang anda ingin, lihat menu yang ada beserta harga.
  5. Tambah pada troli seterusnya tekan checkout
  6. Akan terpapar senarai harga yang perlu dibayar
  7. Pilih cara pembayaran yang anda inginkan, teruskan proses sehingga selesai
  8. Tempoh masa penghantaran adalah bergantung kepada jarak restoran yang anda pilih dengan lokasi anda. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama sekiranya restoran yang dipilih agak jauh.

 

 

CARA ORDER GRABCAR

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui GrabCar:

  1. Buka aplikasi grab anda, pastikan anda telah login
  2. Pastikan ikon Location Services telah diaktifkan. Aplikasi ini akan mengesan secara automatik lokasi anda. Terdapat gambar kereta di dalam peta menunjukkan bilangan kereta Grab yang tersedia di sekitar anda.
  3. Masukkan lokasi pick – up dan drop off anda. Pastikan lokasi pick – up anda adalah tepat supaya memudahkan pemandu Grab mengambil anda di lokasi yang dinyatakan.
  4. Setelah destinasi pilihan ditetapkan, anda akan melihat senarai tambang dipaparkan (tidak termasuk harga tol) mengikut jenis kereta yang anda mahu.
  5. Setelah membuat pilihan, tekan butang book untuk memesan Grabcar ke lokasi terkini anda. Apps ini akan mendapatkan pemandu Grab yang paling hampir dengan anda.
  6. Butiran serta gambar pemandu akan dipaparkan untuk makluman pelanggan. Anda akan dapat melihat masa yang diambil oleh pemandu untuk tiba ke lokasi anda.
  7. Malah, anda juga boleh melihat pergerakan kereta tersebut sehingga tiba di lokasi. Sekiranya perlu, anda boleh menelefon atau menghantas SMS kepada pemandu Grab tersebut.
  8. Cara pembayaran tambang perkhidmatan ini boleh dibuat secara tunai atau menggunakan kad kredit. Sekiranya anda menggunakan kad kredit, maklumat kad kredit perlu dimasukkan ke akaun anda terlebih dahulu. Tambang akan dicaj secara automatik setelah anda tiba di destinasi drop – off.

 

 

CARA ORDER KFC DELIVERY

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui Aplikasi KFC:

  1. Buka aplikasi KFC anda, pastikan anda telah login
  2. Masukkan alamat rumah Anda atau gunakan ciri Use My Location bagi tujuan penghantaran
  3. Sila pilih date dan time yang Anda mahu, klik Start My Order
  4. Pilih menu KFC yang Anda ingin, klik Add to Order
  5. Sila cek order KFC yang sudah Anda buat, klik Checkout
  6. Masukkan maklumat detail Anda
  7. Sila pilih jenis pembayaran Cash/Credit Card
  8. Lakukan pembayaran, selepas tu tunggu makanan Anda dihantar ke rumah

 

 

CARA ORDER MCD DELIVERY

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui Aplikasi McDelivery:

  1. Buka aplikasi McDelivery anda, pastikan anda telah login
  2. Sila pilih menu Order Now
  3. Masukkan alamat rumah Anda alamat tujuan penghantaran
  4. Pilih Menu McD
  5. Pilih jenis pembayaran/payment type (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card)
  6. Seterusnya Confirm Order
  7. Tunggu pesanan Anda dihantar ke rumah

 

 

CARA ORDER MENU DI SUBWAY

 

Sekinya anda ingin menempah subway secara online, anda boleh menggunakan FoodPanda atau GrabFood. Di sini kami kongsikan cara order menu di Cawangan Subway:

  1. Pergi ke Subway berhampiran anda.
  2. Anda boleh memilih jenis makanan mana yang anda mahu. Terdapat 4 jenis pilihan iaitu Footlong, 6-inch, Salad dan Wrap.
  3. Kemudian anda dikehendaki untuk memilih jenis roti. Terdapat 6 jenis roti iaitu Hearty Italian, Wheat, Honey oat, Italian, Parmesan oregano dan Wrap.
  4. Sementara roti anda dibakar, anda boleh memilih inti. Terdapat 4 jenis menu iaitu Classic, Favorites, signature dan breakfast
  5. Kemudian pilih jenis sayur yang anda mahu.
  6. Selepas itu, anda perlu memilih jenis sos.
  7. Akhir sekali, anda perlu memilih air atau pun biskut. Jika memilih air anda hanya perlu menambah hanya RM 1 sahaja. Jimat bukan.
  8. Nikmati hidangan anda!!

 

 

CARA ORDER STARBUCK

 

Sekinya anda ingin menempah Starbucks secara online, anda boleh menggunakan perkhidmatan FoodPanda atau GrabFood. Di sini kami kongsikan cara order menu di Cawangan Starbuck:

  1. Pergi ke Starbuck berhampiran anda.
  2. Masuk starbucks ada menu board dekat belakang Barista (cashier/staffs). Ada 5 kategori minuman utama starbucks coffee iaitu Coffee (Hot/cold), Frappe (iceblended), Tea (Hot/cold), Chocolate Juices
  3. Ada 3 pilihan saiz bekas minuman. Untuk saiz, kebiasaannya kita sebut small, medium, large. Tapi di starbuck short dipanggil tall, medium dipanggil grande dan large dipanggil venti.
  4. Anda juga boleh AddOn jenis-jenis perasa tambahan yang ada
  5. Pilih minuman (coffee),
  6. CARA EJAAN NAMA PADA BEKAS MINUMAN
  7. Selesai

 

 

CARA ORDER DOMINO PIZZA DELIVERY

 

Berikut adalah cara membuat tempah melalui Aplikasi Domino Pizza Malaysia:

  1. Buka aplikasi Domino Pizza Malaysia anda, pastikan anda telah login
  2. Sila pilih Start Order
  3. Masukkan tarikh dan maklumat penghantaran. Seterusnya klik ‘Start Delivery Order’
  4. Pilih jenis set menu yang diingini. Klik Find out more selepas anda berpuas hati dengan set menu yang dipilih. .
  5. Selepas anda memilih set pizza, anda perlu pilih jenis pizza dan Crust yang anda inginkan. Contoh Beef, Chicken dan sebagainya. Selesai membuat pilihan klik ‘Add to Cart’ dan seterusnya klik ‘Confirm’
  6. Untuk membuat pembayaran klik ‘Check out now’. Pilih jenis pembayaran/payment type (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card)
  7. Tunggu sehinggga tempahan anda dihantar

 

CARA ORDER A&W DELIVERY

 

Sekinya anda ingin menempah A&W secara online, anda boleh menggunakan perkhidmatan Bungsuit Rider. Atau terkini A&W teleh meperkenalkan cara tempahan melalui Whatsap. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan perkhidmatan tempahan secara whatsap ini boleh dilakukan sekiranya berada di A&W Kepong, A&W 1 Mont Kiara, A&W Seventeen Mall, A&W TTDI, A&W Citta Mall, A&W Petronas Bandar Kinrara, A&W Cyberjaya, A&W DPulze Cyberjaya Mall, A&W G Village, A&W IOI Puchong Mall, A&W Setapak Central, dan juga A&W Wangsa Walk Mall.
  2. Tempahan boleh dilakukan dengan menghantar WhatsApp ke talian +6011 1722 3000.
  3. Masukkan tarikh dan maklumat penghantaran
  4. Pilih jenis set menu yang diingini.
  5. Pilih jenis pembayaran/payment type (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card)
  6. Tunggu sehinggga tempahan anda dihantar

 

1 thought on “CARA ORDER (FoodPanda/GrabFood/GrabCar/KFC/Mcd/Subway/Starbuck/Domino Pizza/A&W)”

Leave a Comment