CARA PADAM AKAUN MySEJAHTERA LAMA(Delete & Daftar Semula)

Utama / MySejahtera / CARA PADAM AKAUN MySEJAHTERA LAMA(Delete & Daftar Semula)

CARA PADAM AKAUN MySEJAHTERA LAMA(Delete & Daftar Semula)

 

Sudah semestinya kini setiap orang mesti berdaftar dengan MySejahtera bagi memudahkan urusan pendaftaran vaksin, semakan sijil digital vaksin dan urusan memasuki premis. Tetapi bagaimana sekiranya mengalami masalah seperti mendaftarkan nombor telefon yang sudah anda tidak digunakan lagi.

 

Semestinya anda ingin mengetahui cara padam akaun lama Mysejahtera anda dan daftar kembali dengan menggunakan No telefon atau email baru yang aktif, tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MySEJAHTERA

 

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Bagaimanakah cara penyelesaian terhadap masalah tersebut? Jangan risau, mari kami kongsikan bagaimana langkah-langkah yang harus dilakukan untuk memadam akaun lama MySejahtera dan mendaftar akaun baharu.

 

CARA PADAM AKAUN LAMA MySEJAHTERA

 

Sekiranya anda ingin padamkan akaun lama MySejahtera anda disebabkan menggunakan nombor telefon/email tidak aktif, berikut adalah caranya:

  1. NOTA: Pastikan anda buka dekat Chrome untuk langkah padam akaun anda.
  2. Layari pautan Helpdesk MySejahter: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  3. Pada paparan awal, klik pada Mula
  4. Seterusnya klik pada:
    1. Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya, kemudian klik pada
    2. Saya ingin memadamkan akaun saya
  5. Pada paparan seterusnya, akan tertera makluman Proses ini akan mengambil masa 48 jam – 72 jam. Anda boleh mendaftar akaun baharu selepas menerima emel pengesahan dari pihak kami.
  6. Kemudian masukkan ID PENGGUNA MySejahtera yang lama (Nombor telefon atau email) kemudian klik Hantar
  7. Seterusnya isikan butiran yang diperlukan:
    1. No telefon atau email (yang berdaftar)
    2. Masukkan alamat email untuk dihubungi
  8. Kemudian tekan hantar. Anda akan terima email pertama dari MySejahtera berkenaan permohonan pada akaun MySejahtera anda.
  9. Dalam masa anggaran 5 hari anda akan terima email kedua dari MySejahtera iaitu email pemakluman penyelesaian padam akaun lama MySejahtera anda.
  10. Setelah terima email ini, anda boleh daftar akaun MySejahtera yang baru. Untuk cara daftar MySejahtera boleh rujuk DISINI (mey link daftar my sejahtera)

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara padam akaun MySejahtera, anda boleh layari website rasmi MySejahtera di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

 

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *