CARA PINDAH DUIT KWSP(Dari Akaun 2 Ke 3)

PANDUAN LENGKAP DAN CONTOH CARA PINDAH DUIT DARI AKAUN 2 KE AKAUN 3 KWSP

Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk membuat pindahan wang dari akaun  2 anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda panduan cara untuk pindah duit KWSP ke Akaun 3 tersebut, semoga membantu.

APA ITU AKAUN 3 KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

PENSTRUKTURAN SEMULA PERATUS PECAHAN AKAUN KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

SEDIA ADADIJENAMAKAN SEMULAPERATUS PECAHANKETERANGAN
Akaun 1Akaun Persaraan75%Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara
Akaun 2Akaun Sejahtera15%Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa
Akaun 3
(Baharu)
Akaun Fleksibel10%Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan

TEMPOH PINDAH DUIT KWSP KE AKAUN 3 KWSP

Tempoh pindahan duit ke akaun 3 bermula pada 12 Mei 2024 adalah pada 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

CARA PINDAH DUIT KE AKAUN 3 KWSP

Kepada anda yang ingin membuat pindahan duit Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Flexible), berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi KWSP i-Akaun dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan laman utama I-Akaun Anda. klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  3. Baca penerangan yang terpapar sebelum anda melakukan pemindahan dan klik Teruskan.
  4. Seterusnya klik Pindah Sekarang, klik Teruskan.
  5. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah sebelum pemindahan dan selepas pemindahan.
  6. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya
  7. Pada bahagian perakuan ahli, klik Terima dan klik Ya sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  8. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja). Selesai

NOTA: Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja.

CONTOH CARA PINDAH DUIT KE AKAUN 3 KWSP

Anda boleh memilih pindahan amaun permulaan, simpanan sedia ada dalam akaun 2 akan dipindahkan ke akaun 1 dan akaun 3 tertakluk kepada baki Akaun Sejahtera semasa pilihan dibuat mengikut situasi berikut:

Situasi 1(Kategori : Baki Akaun 2 dibawah RM1K, kesemua baki akan dipindahkan ke Akaun 3)
Akaun 2 ada RM750 – kesemuanya RM750 ni akan masuk Akaun 3. Tiada pindahan ke Akaun 1.
Situasi 2(Kategori : Baki Akaun 2 lebih RM1K dan tidak melebihi RM3K)
Akaun 2 ada RM1850 – Hanya RM1K sahaja yg akan dipindahkan ke Akaun 3. Tiada pindahan ke Akaun 1.
Situasi 3(Kategori Baki Akaun 2 lebih RM3K)
Akaun 2 ada RM15,000
Pindahan ke Akuan 3 (10/30): = RM5000
Pindahan Ke Akaun 1 (5/30): RM2500
Kekal Bagi Akaun 2 (15/30): RM7500

SOALAN LAZIM (FAQ) PINDAHAN AKAUN 3 KWSP

Bila boleh bawa keluar duit dari Akaun 3?

  • Bila baki dalam Akaun 3 tu ada minimum RM50…

Berapa had boleh keluar duit dari Akaun 3?

  • Tertakluk pada jumlah baki didalam Akaun 3….

Macam mana nak tahu ada berapa RM dalam Akaun 3?

  • Bagi pencarum aktif, anda mempunyai 2 pilihan.
    • Caruman baru pada hujung Mei.
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.
  • Pencarum tak aktif,
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.

Berapa lama kelulusan utk pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3?

  • 3 – 5 hari bekerja.

Berapa hari duit akan dikreditkan ke akaun bank ahli?

  • 7 hari setelah permohonan diluluskan.

Perlu mohon melalui mana?

  • Digalakkan memohon melalui I-Akaun atau boleh hadir ke KWSP berdekatan.

Apa dokumen yang perlu disertakan semasa memohon pengeluaran Akaun 3?

  • Tiada.

Berapa kali boleh pindah dari Akaun 2 ke Akaun 3?

  • Sekali sahaja.

Berapa kali boleh keluar duit dari Akaun 3?

  • Selagi baki minimum RM50 didalam Akaun 3.

Bila boleh mohon untuk pindah Akaun 2 ke Akaun 3?

  • 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024

Bila boleh mohon keluar Akaun 3?

  • Setelah Akaun 3 mempunyai baki minimum RM50.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara pindahan akaun 3 KWSP, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *