CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

Tahukah anda bahawa kad Touch n Go yang anda gunakan itu sebenarnya  ada expiry date atau tarikh luput. Ramai yang tak perasan bahawa Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad.

 

Bagaimana sekiranya kad Touch N Go dah tamat tempoh sedangkan duit masih banyak dalam kad tersebut? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA RENEW KAD TOUCH N GO

 

Perkara ini akan anda perasan setelah berada di tol kad Touch n Go tidak dapat di akses. Situasi ini memang akan menyusahkan anda. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah anda periksa dahulu kad Touch n Go yang anda gunakan selama ini.  Berikut adalah langkah untuk renew kad Touch n Go:

 

Kaunter khidmat Pelanggan Touch n Go:

  1. Anda boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch n Go dan maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan tersebut untuk memperbaharui kad anda
  2. Alamat 1: Tower , Avenue 5, The Horizon, No 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
  3. Alamat 2: Lot L2.07, Level 2 NU Sentral Shopping Centre No, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur

 

Secara Online

Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:

  1. Pemegang Akaun Malaysia
    1. Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    2. Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
  2. Pemegang Akaun Asing
    1. Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
    2. Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    3. Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
  3. Touch ‘n Go eWallet
    1. Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
    2. Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

Bagi memudahkan urusan anda untuk memohon pulangan baki dalam kad Touch n Go anda boleh membuat secara online.

  1. Layari pautan https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund
  2. Klik pada Touch n Go Card Related Charges
  3. Pastikan kad Touch n Go anda telah didaftarkan dengan akaun Touch n Go di portal Touch n Go. Sekiranya belum rujuk panduan daftar akaun Touch n Go DISINI (SEKIRANYA ADA LINK DAFTAR TNG MEY)
  4. Sekiranya telah didaftarkan, anda scroll ke bawah sehingan jumpa “Tekan sini untuk memulakan permohonan e-Refund anda”. Klik pada Tekan Sini.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan:
    1. No Siri kad Touch n Go anda
    2. Jenis ID (passport/kad pengenalan)
    3. No ID
  6. Seterusnya tekan Next. Pada bahagian seterusnya:
    1. Refund Request: pilih Card termination
    2. Reason Code: pilih Expired Card
    3. Refund Payment Method: Anda boleh pilih sama ada Akaun Bank Atau e-Wallet
    4. Lengkapkan maklumat diperlukan dan tekan Submit
  7. Pastikan maklumat anda tepat, masukkan catcha yang tertera dan tekan Submit
  8. Print maklumat transaksi refund anda untuk rujukan.
  9. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew kad Touch n Go, anda boleh hubungi:

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO:CARA CHECK BALANCE ONLINE

 

13 thoughts on “CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)”

  1. Bagaimana nak renew kad Touch n ‘GO’ yang akan tamat 9/2021 dan tukar kad baru. Saya dapat potongan untuk di Jambatan Pulau Pinang. Adakah perlu pergi pejabat di Butterworth/Tol P.Pinang untuk renew yang baru. Pejabat berurusan atau tidak sepanjang PKP. Terima kasih.

    Balas
  2. Kad touch n go saya telah tamat tempoh.. Tetapi tiada terdapat dalam ruangan ini bagaimana nak d perbaharui. Trima kasih

    Balas
  3. Kad T&GO saya dah expired. camne nak renew card itu.Pusat khidmat pelanggan di tol Jambatan Pulau Pinang dah lama tutup.

    Balas
  4. web portal tak dapat register pun, asyik prompt out message Full name follow NRIC walaupun semua column masuk betul

    Balas

Leave a Comment