CARA RENEW LESEN GDL DI JPJ (Semak Harga & Isi Borang)

BAGAIMANAKAH CARA RENEW LESEN GDL DI JPJ?

Sekiranya lesen Vokasional atau GDL anda sudah tamat tempoh  susah semestinya anda ingin mengetahui cara renew lesen GDL dan semak kadar harga. Disini kami kongsikannya, semoga membantu.

APA ITU LESEN GDL

Lesen GDL (Good Driving License) adalah lesen kenderaan barangan. Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi.

SYARAT UNTUK RENEW LESEN GDL

Seharusnya anda menepati syarat untuk renew lesen GDL anda:

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  2. Tidak disenaraihitamkan;
  3. Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8)  tidak melebihi satu (1) tahun;
  4. Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

KADAR HARGA LESEN GDL

Harga untuk renew lesen GDL adalah RM20 sahaja. Bagi anda ingin membuat semakan harga lesen GDL terkini, anda boleh membuat semakan di laman web rasmi JPJ DI SINI

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan juga dokumen-dokumen di bawah untuk menyempurnakan proses renew anda:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan
  4. Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8)
  5. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  6. Bayaran RM20.00/tahun
  7. Memegang passport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura)

CARA RENEW LESEN GDL DI JPJ

Pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri / Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ sahaja kerana lesen GDL tidak boleh diperbaharui secara online.

KENAPA PERLU RENEW GDL

Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  • Lesen Vokasional (GDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renwe lesen GDL, anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/

ARTIKEL LAIN 

eTesting JPJ: Cara Ambil Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April 2022

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *