CARA RENEW PASSPORT ONLINE 2023 (MYONLINE PASPORT)
Rasanya Tak lama lagi jika mencapai 90% imuniti kelompok mungkin malaysia nak buka sempadan, rasanya nak kena renew lah pasport ni kalau dah tamat tempoh. Jangan risau, anda boleh renew pasport secara online . Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk anda pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik. Oleh itu, ketahui CARA RENEW PASSPORT ONLINE
baca juga myIMMs
APA ITU MYONLINE PASSPORT
MyONLINE* PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
TEMPOH PENGELUARAN PASPORT
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
TIADA LAGI WALK-IN BAGI URUSAN RENEW PASSPORT
Bermula 11 Mei 2022 operasi pembaharuan Passport (PMA) adalah melalui online sahaja kecuali bagi permohonan kali pertama, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, kes hilang dan rosak sahaja.
KADAR BAYARAN RENEW PASPORT ONLINE
- Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
- Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
CARA RENEW PASSPORT MALAYSIA SECARA ONLINE
Untuk pengetahuan anda, MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia bagi membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).
CARA RENEW PASSPORT ONLINE TANPA KE KAUNTER
Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:
- BUKA MYIMMS E-SERVICES
- Layari pautan MYIMMS E-SERVICES
- Baca terma dan syarat
- klik butang Setuju untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.
- ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
- isi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.
- Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.
- PILIH CAWANGAN KUTIPAN
- Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda.
- UPLOAD GAMBAR
- Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Background wajib colour putih
- Pakaian warna gelap
- Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap
- Upload softcopy
- BUAT BAYARAN
- Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.
- SIMPAN RESIT
- Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
- Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal.
- Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.
Baca juga MYTRAVELPASS
PERMOHONAN PASPORT SECARA WALK-IN SELEPAS 9 MEI 2022
- Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon Pasport mereka boleh berbuat demikian secara ‘walk in’ Selepas 9 Mei
- Walaubagaimanapun, walk-in hanya untuk bagi urusan:
- Permohonan kali pertama
- Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pasport hilang atau rosak
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- OKU
- Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
- Jemaah Haji
- Pemansuhan STO ini disebabkan permohonan PMA yang tinggi dan berlaku kesesakan dalam Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen di beberapa pejabat pengeluar pasport di seluruh negara sejak pembukaan sempadan pada April lalu.
- Pemansuhan STO bermula pada 16 Mei ini. Bagi pemohon yang sudah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan itu.
- Bagaimanapun, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon yang sudah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan
KADAR HARGA RENEW PASSPORT
Berikut adalah merupakan kadar harga renew passport Malaysia terkini:
PEMOHON | HARGA / BAYARAN |
Permohonan Biasa 13 tahun hingga 59 tahun | RM200 |
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | RM100 |
Kanak Kanak (12 Tahun Dan Ke Bawah) | RM100 |
Pelajar Mengikuti Program Ijazah Di Luar Negara Di Bawah 21 Tahun | RM100 |
Jemaah Haji | RM100 |
Orang Kurang Upaya (OKU) | Gratis / Percuma |
WAKTU OPERASI PEJABAT PENGELUAR PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
Waktu operasi permohonan pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2022 seperti berikut:
- Pejabat Passport Negeri dan Cawangan
- Semua negeri dan cawangan:
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
- Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
- Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Semua negeri dan cawangan:
- Pejabat UTC
- UTC di semua negeri
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
- Hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
- Hari bekerja dan hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- UTC di semua negeri
MAKLUMAT LANJUT
Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.imi.gov.my/ Dan hubungi 03-8000 8000 (MyGCC)