CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE)

CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE)

CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE)

Kepada peniaga yang ingin renew SSM, terkini SSM menyediakan platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan secara online. Bagaimana cara untuk memperbaharui lesen perniagaan menggunakan ezBiz? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU eZBIZ

​EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:

  • melakukan pendaftaran baru;
  • mendaftar perubahan;
  • -menamatkan perniagaan; dan
  • membeli maklumat perniagaan.

SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN SSM

Berikut adalah merupakan Syarat perbaharui lesen perniagaan SSM:

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

KOS RENEW SSM EZBIZ

Kosnya bermula dari RM40 termasuk caj perkhidmatan.  Kos untuk pembaharuan dalam talian sedikit berbeza kerana perkhidmatan pembaharuan yang cepat dan anda akan mendapatkan dokumen dalam softcopy (fail pdf).

CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ

Untuk memperbaharui lesen pernigaan menggunakan sistem ezBiz, anda seharusnya daftar ezBiz terlebih dahulu, sekiranya belum daftar rujuk panduan daftar ezBiz DISINI (MEY LINK DAFTAR EZBIZ). Berikut adalah cara untuk renew lesen pernigaan anda menggunakan ezBIZ:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun). Klik Proceed to Payment.
  9. Detail pembayaran akan keluar, klik Pay Online. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

 

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

 

SOALAN LAZIM

Adakah sijil SSM saya telah tamat tempoh lebih dari satu tahun, adakah terdapat kompaun?

Dalam kes ini, perniagaan anda telah ditamatkan oleh SSM kerana ia telah tamat tempoh lebih dari satu tahun. Anda boleh mendaftarkan semula perniagaan anda dan membayar kompaun lewat.

Apakah pembaharuan yang lewat dan rangkaian kompaun?

Anda akan mendapat denda kerana lambat memperbaharui SSM anda bermula dari hari 1 selepas tarikh luput. Anda dikenakan bayaran kompaun untuk pembaharuan lewat. Bulan pertama, kompaun adalah RM20 dan kemudian untuk bulan-bulan berikutnya, anda perlu menambah RM10 untuk setiap bulan. Perniagaan anda tidak boleh melebihi 12 bulan lewat pembaharuan, jika tidak, perniagaan ini akan ditamatkan secara automatik oleh SSM.

Bolehkah saya memperbaharui SSM saya tanpa membayar kompaun walaupun sudah lewat untuk pembaharuan?

Ya awak boleh. Tetapi perlu diketahui bahawa anda masih perlu membayar kompaun dalam tempoh yang ditentukan (14 hari dari tarikh pembaharuan) oleh SSM atau jika tidak, anda akan disenarai hitam.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara renew SSM menggunakan ezBiz, anda boleh:

  1. Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
  2. Email: [email protected] (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)

ARTIKEL LAIN

DOKUMEN SSM HILANG(Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM:CARA CHECK STATUS ONLINE

SSM Online : Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

3 thoughts on “CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE)”

Leave a Comment