CARA REPAIR PETI SEJUK(DIY Baiki Peti Ais Tiba-Tiba Kurang Sejuk & Bocor)

CARA REPAIR PETI SEJUK(DIY Baiki Peti Ais Tiba-Tiba Kurang Sejuk & Bocor)

Baru-baru ni, didapati peti sejuk bahagian bawah semakin kurang sejuk. Lama-kelamaan langsung tidak sejuk, sedangkan bahagian atas masih sejuk dan beku macam biasa. Biasanya saluran dari bahagian atas telah tersumbat dengan ais beku menyebabkan suhu sejuk tidak turun kebawah.

Simptom ini pernah dihadapi lama duhulu, peti sejuk arwah ayah pernah jadi sebegini, tetapi pada zaman itu, kekurangan peralatan dan sumber informasi dari internet menyukarkan untuk baiki sendiri, apa yang dapat dilakukan, hanya bongkar peti sejuk dan cuci ais beku yang tersumbat, ianya selesaikan masalah tapi sementara sahaja.

Jadi pada masa sekarang, dengan sumber informasi yang lebih luas serta kemudahan mendapatkan peralatan spare part yang lebih mudah dan murah. Tidak ada masalah untuk baiki sendiri. Rasanya kos membaiki pun hanya rm20-30 sahaja berbanding jika hantar ke kedai mungkin rm200-300.

 

 

Cara Repair Peti Sejuk Yang Kurang Sejuk

Kerja mudah tanpa perlu buka apa-apa. Pastikan duhulu kipas di bahagian sejuk beku berfungsi. Kipas ini berfungsi menolak suhu sejuk dari bahagian sejuk beku ke bahagian bawah. Jika kipas rosak maka suhu sejuk beku tidak dapat sampai ke bahagian bawah. Kalau rosak, kena gantikan dengan kipas baru. Tetapi kipas ini jarang-jarang rosak.

Seeloknya periksa sajalah. Cara untuk periksa, cuma buka pintu atas, anda boleh dengar bunyi menderu kipas. Kemudian buka pintu bawah, dan kita boleh dengar bunyi menderu berhenti. Jadi bermaksud kipas berfungsi baik automatik On dan Off jugak berfungsi sempurna. Jadi 100% ini adalah berpunca dari saluran suhu sejuk kebawah tersumbat dengan ais

 

 

Kenapa Boleh Tersumbat ?

Sebab ada salah satu dari 2 komponen elektronik atau kedua-duanya telah rosak yang berfungsi untuk mengelakkan saluran tersumbat dengan ais beku.

2 Komponen itu adalah :

  1. Defrost Heater/Glass Heater : Berfungsi menghasilkan haba untuk mencairkan frost/ais beku yang terbentuk di cooling coil dan saluran sejuk beku
  2. Heater Sensor : Berfungsi untuk detect suhu dibawah paras beku 0°C pada cooling coil dan mengaktifkan Defrost Heater utk mencairkan frost/ais beku.

Biasanya kita tukar kedua-dua komponen ini walaupun yang rosak adalah salah satu sahaja, sebab proses nak merongkah peti sejuk untuk menukar komponen ini agak susah juga. Selebihnya ikuti penerangan dibawah ini.

 

Langkah 1

Bongkarkan duhulu bahagian yang ada didalam ruangan sejuk beku, baru anda boleh keluarkan penutup belakang yang menyimpan komponen-komponen sejuk beku seperti cooling coil, kipas, sensor, defrost heater dan lain-lain.

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 2

Setelah penutup dibuka, ada lagi satu cover dari polisterin dibahagian belakang penutup tadi dan tak boleh ditarik keluar kerana ada ais melekat dibelakang.

Ini adalah ais beku yang berada dibelakang peti sejuk itu.

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 3

Setelah ais beku cair, keluarkan cover polisterin tadi, ia hanya slot in sahaja, tarik dengan lembut sudah boleh keluarkannya.

Hasilnya nampaklah semua komponen-komponen sejuk beku tersebut. Heater sensor pada bahagian yang dibulatkan, rupanya sama sahaja tetapi kedudukkannya tidak sama mengikut jenis peti sejuk rumah anda. Biasanya akan dilekatkan pada cooling coil guna pita pelekat jenis aluminium.

 

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 4

Seterusnya proses nak keluarkan defrost heater, ini agak susah sedikit. Lebih-lebih lagi kalau jenis peti sejuk kecik. Jadi ruangan pun sangat terhad, hanya tangan yang boleh masuk dan kena meraba untuk keluarkannya.

Susah tapi tidak mustahil, boleh buat tanpa rosak apa-apa cuma kena berhati-hati. Benda ini cuma diletak dalam bracket dibawah satu keping besi nipis(bumbung heater tersebut)

 

Langkah 5

Cara nak keluarkan defrost heater, mula-mula kena keluarkan cooling coil dari tempatnya. Ada 2 skru sahaja. Cooling coil tidak boleh dicabut sbb tiubnya bersambung dengan compressor dibawah belakang peti sejuk, cooling coil hanya boleh diselak seperti dalam gambar. Lapik dengan sesuatu, bimbang tiub cooling coil patah, dan hulurkan tangan ke dalam untuk mengeluarkan defrost heater.

 

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 6

Rupa defrost heater yang berbentuk tiub kaca didalamnya ada coil heater, patutlah sesetengah orang panggil glass heater.

Seterusnya, kena cari alat ganti untuk sensor heater dan defrost heater, boleh cari dikedai-kedai elektronik tertentu.

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 7

Defrost heater universal bersaiz panjang 14″ yang dipesan dari Shopee, harganya cuma RM16 sahaja.

Hujungnya diameter takkan sama dengan yang asal. Jadi kena balut tape supaya bagi sama diameter heater asal lebih kurang. Didalam gambar itu guna double side tape sebab tebal dan lembut, mudah nak masukkan ke bracket dalam Peti Sejuk nanti.

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 8

Masukkan semua ke dalam bracket, wayar tak perlu pasang duhulu, jangan risau boleh buat selepas itu.

CARA REPAIR PETI SEJUK

 

Langkah 9

Dah siap, pasangkan semula cooling coil. Selepas itu baru buat pemasangan wayar defrost heater tadi, Potong wayar heater asal sebab ada soket clip, sambungkan ke wayar heater baru, balut dengan wire tape. Selepas tu selitkan saja wayar-wayar itu dekat celah-celah cooling coil kiri dan kanan.

PETI SEJUK

 

Pasangkan semua semua bahagian penutup polisterin, kipas, cover plastik luar, dan bahagian-bahagian lain yang sudah dibuka sebelum ni. Akhirnya siap.

Kos repair rm200-300 jika hantar ke kedai, tapi anda cuma perlu keluar modal rm16 sahaja kalau buat sendiri.

Macam peti sejuk baru. Saapa sangka peti sejuk ini sudah berusia lebih 15tahun.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mengatasi masalah peti kurang sejuk dirumah

 

CARA TUKAR GETAH PINTU PETI SEJUK

Sekiranya getah peti sejuk anda telah rosak atau keras, di sini kami kongsikan cara DIY penukaran getah peti sejuk. Ini mungkin dapat jimatkan anda. Berikut adalah merupakan caranya:

Langkah 1 : Cabut getah

Untuk mencabut getah pintu sejuk, pastikan anda mulakan dengan cabut penjuru atas seperti  dalam gambar bawah. Tarik semuanya sampai getah tersebat tercabut. Pastikan anda tarik dengan perlahan kerana ada sesetengah peti sejuk mempunyai skru di celah getah tersebut.

buka getah

Langkah 2 : Cuci peti Sejuk anda

Setelah anda mencabut getah lama, sebelum ingin pasangkan getah baru pastikan anda mencuci terlebih dahulu kesan getah lama di sekeliling pintu supaya dapat pasangkan getah baru dengan lebih kemas.

cuci

Langkah 3: Cara pasang getah yang baru.

Setelah anda selesai cuci, untuk pasangkan getah baru pastikan anda masukkan setiap penjuru terlebih dahulu (4 penjuru). Setelah itu baru anda tekan masukkan getah yang lain-lain, ini bagi menggelakkan getah terlebih saiz di setiap penjuru.

masuk getah

Langkah 4: Tutup pintu sejuk selama 24 jam

Setelah anda pasangkan getah baru, sebaiknya anda biarkan peti sejuk anda dihupkan dan pintu peti ais ditutup betul-betul rapat supaya getah pintu baru betul2 terpasang. Selesai.

Tutup

 

Banyak juga panduan CARA REPAIR PETI SEJUK diy di https://www.youtube.com/

 

Baca juga CARA REPAIR MESIN BASUH (DIY Baiki Tak Boleh Wash & Spin)

Baca juga CARA REPAIR TV(DIY Baiki Belang-Belang/Tak Keluar Gambar)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *