CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA(Check Status Rangkaian)

Utama / SEMAK NO TELEFON TELCO / CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA(Check Status Rangkaian)

CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA(Check Status Rangkaian)

 Pada masa kini, tahukah anda bahawa nombor telefon terkini berdasarkan nombor pangkal iaitu 012/013/016/018 tidak semestinya berada dalam telco yang sama kerana tiada lagi pengkhususan, rangkaian telco yang digunakan itu mungkin berbeza dan kemudahan MNP ke telco yang lain.

Bagaimana cara untuk mengenal pasti dan cara semak no  nombor telefon telco tersebut? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MNP

 ‘Mobile Number Portability’ (MNP) atau Kemudahalihan Nombor membolehkan pengguna bertukar kepada penyedia perkhidmatan telefon selular yang baru tanpa perlu mengubah nombor telefon mereka.

 

KENAPA PERLU SEMAK RANGKAIAN NOMBOR TELEFON

Hasil semakan akan memaklumkan pengguna sama ada nombor yang hendak dipanggil adalah:

  • Panggilan On-Net (iaitu dalam rangkaian yang sama) atau
  • Panggilan Off-Net (dalam rangkaian yang berlainan)

dan oleh itu, mempunyai kadar/caj panggilan yang mungkin berbeza.

 

CARA SEMAK RANGKAIAN NOMBOR TELEFON ONLINE

Anda boleh membuat semakna secara online menggunakan portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dengan cara berikut:

  1. Latari pautan semakan SKMM: https://mnpcheck.skmm.gov.my/MNPQuery.aspx
  2. Pilih nombor pangkal daripada dropdown list yang disediakan
    • Isikan nombor pertama pada ruangan Panggilan Dari
    • Isikan nombor kedua yang hendak dibandingkan di Panggilan Ke
  3. Isikan kod keselamatan pada ruangan kod keselamatan
  4. Klik pada butang ‘Semak’
  5. Berikut merupakan jadual Paparan Keputusan yang akan dipaparkan bersesuaian dengan keputusan carian
    • Semakan OnNet Berjaya – Hasil Semakan: Nombor-nombor yang disemak adalah dalam rangkaian operator yang sama setakat <tarikh>, <masa>
    • Semakan OffNet Berjaya – Hasil Semakan: Nombor-nombor yang disemak adalah dalam rangkaian operator yang berbeza setakat <tarikh>, <masa>
    • Isu Rangkaian – Harap maaf. Sistem tergendala untuk seketika.
    • Cubaan Carian Melebihi Had – Bilangan semakan melebihi bilangan maksimum yang dibenarkan.

NOTA: Perlu diingatkan, penyemakan adalah dihadkan sebanyak 20 kali semakan bagi setiap nombor

 

CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA GUNA SMS

Selain menerusi Internet, kini anda juga boleh menentukan sama ada panggilan On-Net atau Off-Net menggunakan telefon bimbit anda menerusi perkhidmatan maklumat SMS seperti berikut:

  1. Celcom
    • Taip: check <nombor telefon> hantar ke 22099
    • Contoh: check 0192345678 hantar ke 22099
  2. Maxis
    • Taip check <nombor telefon> hantar ke 22011
    • Contoh: check 0122345678 hantar ke 22011
  3. Digi
    • Taip check <nombor telefon> hantar ke 20000
    • Contoh: check 0162345678 hantar ke 20000
  4. U Mobile
    • Taip check <nombor telefon> hantar ke 28011
    • Contoh: check 0182345678 hantar ke 28011

 

SOALAN LAZIM

 

Siapakah yang boleh melakukan pengalihan nombor (MNP)?

Kedua-dua pengguna telefon pra-bayar (‘pre-paid’) dan pasca-bayar (‘post-paid’) boleh mengalihkan nombor telefon mereka. Pemilik nombor telefon perniagaan/korporat juga boleh mengalihkan nombor mereka, tertakluk kepada garis panduan ditetapkan.

 

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengalihkan nombor saya kepada penyedia perkhidmatan baru?

Bayaran maksimum yang boleh dikenakan oleh penyedia perkhidmatan bagi satu permohonan adalah RM25 tetapi bayaran ini mungkin berbeza mengikut penyedia perkhidmatan. Bayaran ini adalah untuk caj pentadbiran, pengeluaran kad SIM anda yang baru dan kos-kos lain yang berkaitan dengan pengalihan nombor anda.

 

Adakah saya akan mendapatkan kad SIM baru apabila saya menukar penyedia perkhidmatan saya?

Ya, anda akan diberi kad SIM yang baru oleh penyedia Telco perkhidmatan baru anda.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

SEMAKAN BIL TERTUNGGAK TELCO (DIGI/CELCOM/MAXIS/YES 4G/REDONE/UMOBILE/TUNETALK)

CARA SHARE KREDIT (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)

CARA TUKAR PLAN ANTARA PREPAID DAN POSPAID (DIGI / CELCOM / MAXIS / TUNETALK / UMOBILE / YES)

CARA LOGIN (Digi OCS /Maxis ID/Celcom life/RedOne Selfcare/MyYes)

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *