CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

Utama / CARA TERMINATE ASTRO / CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

Pada masa kini kebanyakan orang akan menggunakan perkhidmatan astro. Sekiranya anda berhajat untuk terminate langganan astro anda disebabkan perlbagai kekangan yang dihadapi, mesti anda ingin mengetahui caranya.

 

Bagaimana cara untuk terminate perkhidmatan astro? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

 

Sebelum anda terminate perkhdimatan astro anda, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu, antaranya:

  1. Status kontrak akaun anda.
    1. Pastikan anda tidak lagi terikat dengan kontrak astro (2 tahun). Ini bagi mengelakkan anda dikenakan penalti.
  2. Tarikh akhir bil setiap bulan anda.
    1. Report untuk tutup akaun hendaklah dibuat 10 hari sebelum tarikh akhir bill anda. Jika report dibuat pada 10 hari terakhir bill, anda terpaksa bayar lagi sebulan bill sebelum boleh tutup akaun.
  3. Jumlah Bill semasa dan Tunggakkan.
    1. Pastikan anda bayar dahulu baki bill semasa dan tunggakkan jika ada sebelum membuat report untuk tutop akaun.

 

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

 

Untuk terminate perkhidmatan astro anda, terdapat 3 cara iaitu secara online, panggilan dan center. Berikut adalah caranya:

 

Terminate Astro Secara Online (Email)

  1. Emailkan kepada [email protected]
  2. Berikut adalah contoh email:
    1. Subject: PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: XXXXXXX)
    2. Kandungan: Dalam akndungan pastikan anda masukkan maklumat peribadi anda seperti
      1. Makluman terminate astro
      2. Nama penuh pemilik Astro
  • Nombor Kad Pengenalan
  1. Nombor akaun Astro
  2. Alamat
  3. Bil akhir astro dibayar

 

Terminate Astro Secara panggilan

  1. Pastikan anda pemilik akaun yang membuat panggilan.
  2. Hubungi Customer Service Centre: 03-9543-3838, pilih no untuk perkhidmatan menamatkan akaun Astro
  3. Customer service akan minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil bulanan dan no kad pengenalan.
  4. Selepas pengesahan berjaya baru customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan, pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.
  5. Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
  6. Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan. Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.

 

Terminate Astro Di Center

  1. Pergi ke cawangan Customer Service Centre yang berhampiran anda
  2. Pastikan anda pemilik yang berdaftar dengan astro.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil.
  4. Maklumkan kepada pegawai astro berkenaan anda ingin tamatkan langganan Astro
  5. Pegawai Astro akan buat notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh hari ini Ini bermakna, kalau anda terminate hari ini, ia tidak betul-betul ditamatkan. Anda masih lagi perlu tunggu 30 hari.
  6. Maklumat pembayaran akan dicetak dan diberikan kepada anda. Bayaran boleh dibuat melalui kiosk bayaran Astro di dalam premis berkenaan.
  7. Berikan resit pembayaran yang telah selesai kepada pekerja Astro tadi di kaunter, simpan resit untuk rujukan.

 

 

CONTOH EMAIL TERMINATE ASTRO

 

Subject: PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: XXXXXXX).

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro.
  2. Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini:

Nama penuh:

Nombor Kad Pengenalan:

Nombor akaun Astro:

Alamat:

  1. Disini saya sertakan bil terakhir astro saya(serta Bil Di Lampiran). Mohon pihak Tuan membuat penamatan Astro ini dengan segera.
  2. Segala kerjasa Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumbalas, sila hubungi saya di talian XXX-XXXXXXX

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR ASTRO GO(REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

SAMBUNG ASTRO SEMULA:CARA SAMBUNG SELEPAS KENA POTONG/TERMINATE

 

 

 

10 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *