CARA TERMINATE KAD KREDIT: MAYBANK/CIMB/RHB/BSN/PUBLIC BANK/BANK ISLAM (CARA BATAL LANGGAN)

Utama / CARA TERMINATE KAD KREDIT / CARA TERMINATE KAD KREDIT: MAYBANK/CIMB/RHB/BSN/PUBLIC BANK/BANK ISLAM (CARA BATAL LANGGAN)

CARA TERMINATE KAD KREDIT: MAYBANK/CIMB/RHB/BSN/PUBLIC BANK/BANK ISLAM (CARA BATAL LANGGAN)

Sekiranya anda mempunyai kad kredit, pastinya perbelanjaan anda akan meningkat disebabkan perbelanjaan yang tak terkawal dan juga  yuran tahunan dan kadar faedah dah memang tinggi.

 

Bagaimana cara ingin terminate Kad Kredit? Disini kami kongsikan caranya terminate Kad Kredit anda

 

CARA TERMINATE KAD KREDIT

 

Sekiranya anda ingin terminate Kad Kredit anda bagi pelbagai semua bank, ikuti cara dibawah kerana cara setiap bank adalah lebih kurang sama:

  1. Semak skor kredit
    1. Semestinya anda semak dulu berapa skor kredit semasa.Ini kerana anda boleh tahu besar ke tak perubahan skor kredit selepas buat pembatalan. Sebaiknya anda ambil gambar nombor skor kredit supaya boleh jadikan sebagai bukti sekiranya ada masalah berbangkit nanti.
  2. Selesaikan semua baki pembayaran
    1. Anda kena pastikan dah selesai bayar semua baki yang tertunggak. Lepas semua dah setel, baru anda boleh request pihak bank untuk tutup akaun kad kredit.
    2. Selain tu, anda kena ingat juga untuk batalkan segala bayaran langganan automatik yang telah anda tetapkan pada kad kredit.
  3. Tebus segala mata ganjaran yang ada
    1. Sekiranya anda mempunyai mata gajaran, seeloknya tebus dahulu.
  4. Telefon Pihak bank masing-masing
    1. Selepas korang dah buat seperti ni 1 hinggan 3, baru boleh proceed nak batalkan kad kredit dengan cara:
      1. Telefon Pihak bank anda
      2. Tulis surat permohonan kepada pihak bank – sebagai bukti hitam putih.
    2. Anda dinasihatkan untuk simpan segala dokumen yang berkaitan tentang perbincangan ni dengan pihak bank.
  5. Sentiasa buat follow-up
    1. Selalunya, proses tutup kad kredit akan ambil masa selama beberapa bulan. Anda kenalah contact pihak bank untuk tahu status terkini permohonan anda.
    2. Sekiranya pihak bank dah terminate,request surat rasmi daripada pihak bank anda untuk pemakluman
  6. Potong kad kredit
    1. Setelah semuanya dah selesai, sebaiknya anda gunting kad kredit, pastikan potong kecik-kecik supaya tak nampak nombor akaun dan CVC kad kredit. Ini untuk langkah keselamatan supaya tidak disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

SOALAN LAZIM

Adakah cara lain sekiranya tidak ingin terminate Kad Kredit:

Selain dari terminate, kena ada disiplin yang kuat untuk kawal diri dari guna kad kredit. Antaranya adalah:

  • Simpan kad kredit kat rumah
  • Tukar jenis kad kredit dengan pihak bank (pilih yang lebih berbaloi)
  • Request bank untuk turunkan caj-caj bayaran (yuran tahunan & kadar faedah)
  • Hanya guna kad kredit untuk bayar langganan secara online & automatik

 

Apakah antara sebab perlu terminate Kad Kredit?

  • Yuran tahunan & kadar faedah yang tinggi
  • Tak mampu nak kawal perbelanjaan
  • Kad kredit yang tak function/jarang guna

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *