CARA TOPUP NJOI (Tambah Nilai Guna SMS /Kad Kredit / Online Banking & Web)

Utama / CARA TOPUP NJOI / CARA TOPUP NJOI (Tambah Nilai Guna SMS /Kad Kredit / Online Banking & Web)

CARA TOPUP NJOI (Tambah Nilai Guna SMS /Kad Kredit / Online Banking & Web)

Adakah anda pelanggan Njoi? Sekiranya ya, saluran tv yang terhad ini mungkin membosankan anda,tetapi anda juga boleh melanggan saluran tv Astro yang lain seperti Astro Best / Astro First dan sebagainya dengan hanya membuat tambah nilai NJOI dan boleh mula melanggan saluran tv kegemaran anda.

Bagaimana cara ingin membuat topup Njoi? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU NJOI

Astro NJOI merupakan salah satu perkhidmatan tv satelit rangkaian Astro. Ia merupakan saluran tv satelit percuma dan tiada yuran perkhidmatan bulanan dikenakan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan perkhidmatan tv satelit percuma ini, pelanggan perlu membuat pemasangan dekoder NJOI dan piring satelit terlebih dahulu dengan bayaran perkhidmatan sekitar RM 380 (bergantung kepada promosi terkini).

 

CARA SEMAK BAKI TOPAP NJOI

Untuk semak baki topup NJOI anda, boleh hantar mesej dengan format:

  • SMS 000< no IC Pendaftaran Njoi> dan hantar 33310

 

CARA TOPAP NJOI GUNA SMS

Untuk tambah nilai Njoi secara SMS, berikut adalah caranya:

  1. Anda perlu membeli terlebih dahulu no PIN 16 digit ini di kedai – kedai terpilih seperti 7Eleven, KK Mart dan sebagainya
  2. Taip 111<jarak>no IC Pendaftaran Njoi<jarak>no PIN 16 digit dan hantar ke 33310
  3. Contoh: 111 XXXXXXXXXXXX 9876543210123456 hantar ke 33310
  4. Sebaiknya sebelum membuat tambah nilai, pastikan tarikh tamat tempoh nombor PIN anda masih laku dan belum tamat tempoh

NOTA: Jika anda mempunyai lebih daripada SATU akaun, sila gunakan nombor Smart Card dan bukan nombor IC anda.

 

CARA TOPAP NJOI GUNA KAD KREDIT

Untuk tambah nilai Njoi menggunakan kad kredit, berikut adalah caranya:

  1. Klik pada saluran CH200
  2. Pilih My Account
  3. Pilih jenis tambah nilai anda (kad Kredit)
  4. Pilih jumlah tambah nilai yang ingin dilakukan
  5. Hantar kod tersebut secara SMS ke 33888
  6. Apabila SMS anda mendapat maklum balas, klik pada URL yang akan terkandung dalam mesej maklum balas tersebut
  7. Jelaskan proses pembayaran
  8. Tunggu sehingga mendapat pengesahan secara SMS, dan pembayaran anda selesai

 

CARA TOPUP NJOI GUNA ONLINE BANKING

Untuk tambah nilai Njoi menggunakan online banking, berikut adalah caranya:

  1. Guna Maybank2u
    • Login maybank2u
    • Klik Buy Online > Klik Internet Prepaid > Klik Astro NJOI
    • Masukan jumlah yang mahu di top up
    • Klik Request TAC
    • Lepas tu, Anda tunggu kod top up dihantar ke nombor telefon Anda.
    • Seterusnya SMS 111<no IC><no yang dia bagi> ke 33310
    • Selesai
  2. Guna CIMB Clicks
    1. Login CIMB clicks
    2. Pilih Topup
    3. Masukan nombor HP Anda, nombor top up akan dihantar ke Anda. pastikan Anda pilih top up Astro Njoi, masukan jumlah/amount.
    4. Seterusnya ikuti panduan yang tertera sampai selesai.
    5. Bila berjaya, Anda akan terima SMS nombor top up NJOI.

 

 CARA TOPUP NJOI GUNA WEB

Untuk tambah nilai Njoi menggunakan Web, berikut adalah caranya:

  1. Web Astro
    1. Layari pautan https://login.astro.com.my
    2. Pada kanan atas klik login. Log masuk akaun anda
    3. Klik pada MY ACCOUNT pilih Manage My Account
    4. Seterusnya Klik pada Account No > Klik top up
    5. Masukan voucher jika ada. Sekiranya tiada pilih top up melalui Credit Card/Debit Card
    6. Pilih Amount yang ingin, masukan informasi credit card untuk proses pembelian
    7. Ikuti arahan yang diberikan sampai selesai
  2. Web Njoi
    1. Layari pautan https://www.njoi.com.my/top-up-bm
    2. Masukkan nombor Smartcard anda, klik teruskan.
    3. Pilih jumlah anda ingin tambah nilai, kemudia ikuti langkah seterusnya hingga selesai.

 

ARTIKEL LAIN 

CARA BAYAR BIL ASTRO ONLINE(Guna JomPAY Maybank/CIMB CLICKS & SMS)

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

CARA DAFTAR ASTRO GO(REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

SAMBUNG ASTRO SEMULA:CARA SAMBUNG SELEPAS KENA POTONG/TERMINATE

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *