CARA TOPUP SHOPEEPAY(Online Banking Touch ‘n Go 7-eleven)

CARA TOPUP SHOPEEPAY(Guna Online Banking /Tunai /Touch ‘n Go/7-eleven)

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Dalam aplikasi shopee terdapat wallet ShopeePay untuk memudahkan urusan pembayaran dalam shopee. Bagaimana cara topup shopeepay? Disini kami kongsikan cara topup ShopeePay

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

  • Google Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi penggunan IOS 

CARA DAFTAR SHOPEEPAY

Untuk pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar dengan Shopee Pay terlebih dahulu:

  1. Login akaun Shopee anda: shopee.com.my
  2. Masukkan Username dan Password anda, tekan login
  3. Klik pada Shopee Pay untk aktifkan
  4. Masukkan No kad Pengenalan anda untuk disahkan
  5. Klik Picture untuk masukkan wajah anda. (contoh panduan diberikan)
  6. Kemudian anda dikehendaki mengambil gambar anda beserta kad pengenalan anda. (contoh panduan diberikan)
  7. Setelah lengkap semuanya, Shopee akan mengesahkan akaun anda dalam jangka masa 24 jam.

CARA TOPUP SHOPEEPAY

Untuk menambah nilai dalam Shopee Pay, terdapat pelbagai cara. Berikut adalah merupakan panduan untuk Tambah nilai Shopee Pay anda:

  1. Buka aplikasi Shopee anda
  2. Klik pada Me dan klik pada Shopee Pay
  3. Kemudian Klik pada Top Up
  4. Terdapat dua pilihan bagi proses tambah nilai iaitu
    • Auto Top Up Topup secara automatik, jumlah tambah nilai secara automatik boleh dibuat melalui pemilihan diantara enam kotak berdigit yang tertera.
    • One-time Topup – tambah nilai secara manual, ia boleh dibuat menerusi kotak yang tertera Input Top-up Amount.
  5. Sekiranya menggunakan One-Time Topup, masukkan Jumlah yang anda ingin tambah nilai.
  6. Pilih cara pembayaran yang anda ingin di bahagian Payment, antaranya:
    1. Credit/Debit Card
      • Untuk penggunaan debit card, pelbagai bank boleh digunakan
      • Masukkan Nama yang didaftarkan pada kad (seharusnya nama penuh anda)
      • No Kad debit anda
      • Jenis Kad anda (selalunya Visa)
      • Tempoh Sah Kad anda
      • No tiga angka CVV yang terdapat pada belakang kad anda
      • Kemudian tekan Submit, anda akan terima no Tac. Masukkan No Tac tersebut
      • Selesai
    2. Cash Payment at Convenience Stores
      • Cash Payment at 7-Eleven – bayar di 7-Eleven berhampiran anda
      • Cash Payment at KK Mart – bayar di KK Mart berhampiran anda
    3. Online banking
      • Terdapat pelbagai pilihan bank yang berdaftar dengan FPX. di shoppe.
      • Melalui online banking, terdapat pelbagai pilihan bank yang berdaftar dengan FPX. Anda boleh pilih bank yang anda inginkan.
  7. Setelah membuat pilihan anda ingin tambah nilai, klik pada Pay Now
  8. Ikuti proses pembayaran tambah nilai anda hingga selesai.

CARA TOPUP SHOPEEPAY DI 7-ELEVEN SECARA CASH

Berikut adalah merupakan cara untuk topup shopeepay anda di 7-eleven:

  1. Buka aplikasi Shopee anda
  2. Klik pada Me dan klik pada ikon ShopeePay
  3. Kemudian klik pada Top Up
  4. Pada bahagian One-time Top Up, masukkan jumlah yang anda ingin tambah nilai
  5. Pada bahagian”Payment, pilih pada Cash Payment at Convenienve Stores > Cash Payment at 7-Eleven dan klik Confirm
  6. Keduian klik pada Pay Now. Satu Transaction ID akan diberikan.
  7. Kemudian anda pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven dan maklum anda ingin membuat bayaran tambaha nilai shopeepay anda
  8. Staff tersebut akan scan barcode transaction ID tersebut dan anda boleh buat bayaran secara cash seperti biasa.
  9. Wang tersebut akan masuk terus ke akaun ShopeePay anda serta merta.

NOTA: Barcode transaction ID hanya valid atau sah untuk tempoh 48 jam sahaja. Jika tidak dibuat bayaran selepas tempoh tersebut, topup anda tersebut akan dibatalkan secara automatik.

ARTIKEL LAIN 

CARA JUAL PRODUK DIGITAL DI SHOPEE(Ebook/Audiobook/Online Courses/Potret/Lukisan/Baucer)

CARA BELI BARANG SHOPEE(Pilih Barang Payment Method Shipping Order Received)

CARA GUNA & DAPAT SHOPEE COINS(Semakan Baki & Redeem)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *