CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Pindah Simpan Dalam MyASNB)

Utama / CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB / CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Pindah Simpan Dalam MyASNB)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Pindah Simpan Dalam MyASNB)

 

Dahulu urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Terkini kita boleh transfer sahaja duit dari bank masuk ke ASB kita tanpa pergi ke bank dan beratur, Hanya perlu guna Portal MyASNB.

 

Bagaimana cara untuk transfer duit ke akaun ASB guna MyASNB? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL MyASNB

 

Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

 

Nota: Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada.

 

CARA DAFTAR MyASNB

 

Sebelum anda ingin tranfer duit ke ASB anda, anda harus terlebih dahulu daftar MyASBN.  Pastikan anda kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB  terlebih dahulu.

Berikut adalah cara daftar MyASBN:

  1. Layari portai daftar masuk MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada DAFTAR DI SINI, klik Teruskan
  3. Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick dan tekan Setuju.
  4. Pada ruangan MAKLUMAT ASAS, isikan pada ruangan butiran yang perlu, tekan Seterusnya
  5. Klik pada PERMINTAAN TAC. Masukkan no TAC yang anda terima, klik Seterusnya
  6. Di bahagian PENDAFATRAN AKAUN, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai tekan TAMAT
  7. Pendaftaran selesai, anda akan terima KATA LALUAN SEMENTARA untuk login kali pertama

 

CARA LOGIN MyASBN

 

Setelah pendafatran anda selesai, anda akan terima Kata Laluan Sementara (bagi pengguna kali pertama). Berikut adalah cara Login MyASBN:

  1. Layari portai daftar masuk MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada LOG MASUK
  3. Masukkan ID PENGGUNA anda, klik teruskan
  4. FRASA anda akan terpapar, kemudian masukkan Kata Laluan Sementara tadi, klik teruskan
  5. Kemudian anda diminta untuk menukar Kata Lalaun Sementera kepada KATA LALUAN yang anda inginkan
  6. Anda telah berjaya LOGIN portal MyASBN anda.

 

CARA TRANSFER DUIT  KE AKAUN ASB GUNA PORTAL MyASNB

 

Pastikah anda telah Log Masuk portal MyASBN anda terlebih dahulu. Berikut adalah cara transfer duit ke akaun ASB anda:

  1. Log Masuk akaun MyASBN anda
  2. Pada menu utama, klik PORTFOLIO
  3. Pilih menu UNIT AMANAH dan pilih PELABURAN TAMBAHAN
  4. Pada Pengisytiharan PEP, tick pada TIDAK dan klik Seterusnnya
  5. Baca TERMA & SYARAT,tick pada kotak. Klik seterusnya
  6. Masukkan JUMLAH yang anda ingin tranfer ke akaun ASB anda, klik seterusnya
  7. Pop up pengumuman akan terpapar, klik Teruskan
  8. Pilih AKAUN BANK anda inginkan, kemudian klik Proceed To Pay
  9. Kemudian laman AKAUN BANK anda akan terpapar, uruskan proses perbankan.
  10. Transaksi anda telah selesai.
  11. Anda boleh melihat rekod urusniaga dan boleh memuat turun resit sebagai rekod
  12. Setiap pelaburan tambahan akan dikreditkan terus ke akaun ASNB anda dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan

 

CARA TRANFER DUIT KE ASB GUNA ONLINE BANKING (MAYBANK2U, CIMB CLICKS, RHB NOW)

 

Cara di atas adalah menggunakan portal ASB untuk penambahan pelaburan ASB, di sini kami kongsikan juga cara menggunakan Online Banking untuk menambahkan pelaburan dalam ASB anda:

 

Online Banking Maybank2u

 

Pastikan terlebih dahulu anda telah pun “linked” kan akaun ASB dengan Maybank2u. Berikut merupakan cara untuk membuat pelaburan tambahan:

  1. Layari web rasmi Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username dan password anda
  3. Klik pada butang Saving Account > Pay & Transfer > Transfer  > Transfer To > ASNB Account
  4. Kemudian Klik menu New Transfer, Isikan Maklumat yang diperlukan
  5. Tick pada Terma & Syarat, kemudian klik butang TRANSFER
  6. Pelaburan tambahan anda telah selesai

 

Online Banking CimbClicks

 

Pastikan terlebih dahulu anda telah pun “linked” kan akaun ASB dengan CIMB Clicks . Berikut merupakan cara untuk membuat pelaburan tambahan menggunakan CIMB Clicks:

  1. Layari laman web rasmi CIMBClicks: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Masukkan username dan password anda
  3. Klik butang Apply & Invest
  4. Klik butang Subscribe (ASNB)
  5. Masukkan nilai tambahan yang anda inginkan
  6. Teruskan urusniaga sehingga selesai
  7. Caj perkhidmatan sebanyak RM 1 akan dikenakan

 

 

Online Banking RHBNow

 

Pastikan terlebih dahulu anda telah pun “linked” kan akaun ASB dengan Maybank2u. Berikut merupakan cara untuk membuat pelaburan tambahan:

  1. Layari laman web rasmi RHBNow: https://logon.rhb.com.my/pbw/?_ga=2.179945956.1743328012.1625316087-477405141.1623389668
  2. Masukkan username dan password anda
  3. Klik butang ASNB Unit Trust
  4. Masukkan nilai tambahan yang anda inginkan
  5. Teruskan urusniaga sehingga selesai
  6. Caj perkhidmatan sebanyak RM 1 akan dikenakan

 

SOALAN LAZIM

 

Mengapa harus menggunakan MyASNB Portal?

Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

 

Apakah kemudahan yang disediakan menerusi myASNB?

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB

 

Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?

Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

 

Macam mana nak kemaskini nombor telefon ASB?

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara transfer duit ke akaun ASB , anda boleh layari portal rasmi ASB https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php atau:

10 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *