CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW)

Utama / MAE MAYBANK / CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW)

CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW)

Terkini Maybank telah melancarkan e-wallet pertamanya bagi memudahkan transaksi perbankan para pengguna Maybank yang dikenali sebagai MAE Maybank. Bagaimana cara untuk trafer duit MAE? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 APA ITU MAE

Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

 CARA AKTIFKAN MAE BY MAYBANK2U

 Untuk dapat menggunakan layanan MAE anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah cara aktifkan MAE di bawah:

  1. Muat turun (download) dan Install App MAE by Maybank2u di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi MAE by Maybank2u dan klik Allow bagi permulaan.
  3. Seterusnya klik Next dan klik Agree
  4. Kemudian klik pada Log In Now dan klik pada Apply For a MAE Account Now, klik Next
  5. Masukkan Nama Penuh anda (mengikut IC) dan No Telefon anda, klik Continue
  6. Pilih jenis ID anda (Mykad/Passport) dan masukkan no ID anda, klik Continue
  7. Masukkan alamat rumah anda, klik continue
  8. Masukkan Email anda dan juga Invite Code(sekiranya ada), klik continue
  9. Anda dikehendaki Snap gambar depan dan belakang ID anda (ikut arahan yang diberikan), klik continue
  10. Seterusnya anda dikehendaki ambil gambar Selfie, klik contine
  11. Tick pada Terma dan Syarat, klik continue
  12. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS.
  13. Masukkan Username dan Password Maybank2u anda, klik continue
  14. Upload Gambar Keselamatan anda, klik continue
  15. Ciptakan Frasa Keselamatan anda, klik continue
  16. Pilih Soalan Keselamatan anda beserta jawapan, klik continue
  17. Selesai

 

CARA TRANSFER DUIT MAE BY MAYBANK2U GUNA INSTANT TRANFER

 Setelah anda aktifkan MAE by Maybank2u anda, berikut adalah merupakan cara tranfer duit guna Instant Tranfer:

  1. Log masuk akaun MAE by Maybank2u anda.
  2. Klik pada Tranfer > Instant
  3. Pilih Bank yang ingin anda tranfer
  4. Masukkan No akaun bank tersebut
  5. Masukkan jumlah amaun yang ingin anda tranfer
  6. Masukkan rujukan penerimaan tranfer
  7. Pada Tranfer Type, pilih Funds Tranfer
  8. Semak maklumat penerima untuk sahkan transaksi tranfer tersebut dan klik Tranfer Now
  9. Seterusnya tekan Approve
  10. Selesai

 

CARA TRANSFER DUIT MAE BY MAYBANK2U GUNA DUIT NOW

 Setelah anda aktifkan MAE by Maybank2u anda, berikut adalah merupakan cara tranfer duit guna Duit Now:

  • Log masuk akaun MAE by Maybank2u anda.
  • Klik pada Tranfer > Duit Now
  • Seterusnya pilih ID Type anda inginkan seperti:
    • No Telefon
    • No Kad Pengenalan
    • Passport No
    • ID Tentera/Polis
    • No Pendaftaran Perniagaan
  • NOTA: Untuk pilihan ID Type penerima, pastikan anda mengetahui penerima daftarkan Duit Now menggunakan jenis ID Type jenis mana.
  • Sekiranya menggunakan no telefon, masukkan no telefon penerima
  • Masukkan jumlah amaun yang ingin anda tranfer
  • Masukkan rujukan penerimaan tranfer
  • Semak maklumat penerima untuk sahkan transaksi tranfer tersebut dan klik Tranfer Now
  • Seterusnya tekan Approve
  • Selesai

 

ARTIKEL LAIN

REGISTER MAE MAYBANK ( cara daftar & aktifkan online)

LOGIN MAE MAYBANK : CARA GUNA MAYBANK MAE

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *