CARA TRANSFER DUIT PUBLIC BANK KE PUBLIC BANK  (Guna Pbe Bank / ATM)

Utama / PUBLIC BANK / CARA TRANSFER DUIT PUBLIC BANK KE PUBLIC BANK  (Guna Pbe Bank / ATM)

CARA TRANSFER DUIT PUBLIC BANK KE PUBLIC BANK  (Guna Pbe Bank / ATM)

Sekiranya anda pelanggan kepada Public Bank, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara  tranfer duit menggunakan perbankan internet Public Bank yang dikenali sebagai PbeBank. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU IBG TRANFER, INSTANT TRANFER & DUITNOW TRANFER

Untuk melakukan transaksi pindahan wang menggunakan Pbe Bank, terdapat 3 kaedah iaitu:

  1. IBG Tranfer
    • Sistem pembayaran pindahan wang/dana secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.
    • IBG Tranfer ini akan mengambil masa, minimum selama beberapa jam dan mungkin lebih lama, bergantung dengan waktu dan hari anda melakukan pindahan wang anda.
    • Caj transaksi Interbank GIRO adalah lebih murah.
    • Transaksi ini boleh dilakukan di mesin ATM, di kaunter atau melalui online banking.
  2. Instant Tranfer
    • Instant Transfer merupakan proses transfer rekening antara bank yang dilakukan serta merta (Real Time). Duit masuk dalam akaun penerima secara langsung. Bank akan caj dalam 50 sen – RM2 bergantung kepada setiap bank.
  3. DuitNow Tranfer
    • DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang ingin memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang – dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

 

CARA TRANSFER DUIT PUBLIC BANK KE PUBLIC BANK (Guna Pbe Bank)

Berikut adalah merupakan cara pindahan wang secara online menggunakan Pbe Bank dari public bank ke akaun public bank yang lain:

  1. Layari pautan Pbe Bank https://www.pbebank.com/
  2. Log masuk akaun Pbe Bank anda mengunakan User ID dan Kata Laluan anda. Sekiranya anda belum daftar dengan Pbe Bank, boleh rujuk panduan daftar DI SINI (Mey Link daftar PBE bank)
  3. Pada paparan utama, klik pada Fund Tranfer. Terdapat beberapa pilihan tranfer yang ada iaitu:
    • DuitNow
    • PB Account
    • Other Bank Account
  4. Bagi pindahan wang sesama akaun Public Bank, anda boleh pilih pada PB Account.
  5. Kemudian anda dikehendaki pilih sama ada:
    • To Favourite Account – sekiranya anda telah setkan
    • To Other Account – sekiranya ingin tranfer ke akaun lain
  6. Sekiranya anda klik Other Account, anda dikehendaki mengisi:
    • No Akaun penerima
    • Jenis akaun penerima (semasa/simpanan)
    • Masukkan Rujukan Penerima
    • Masukkan maklumat berkenaan pindahan
    • Masukkan Jumlah pindahan wang anda inginkan
  7. Setelah lengkap semuanya, tick pada kotak pengesahan dan kemudian klik pada Accept
  8. Sahkan kembali maklumat penerima dan jumlah pindahan, sekrianya betul klik pada Request PAC Now
  9. Masukkan No PAC yang diterima melalui SMS di handphone anda yang didaftarkan dengan Pbe Bank, kemudian klik pada Confirm
  10. Anda telah selsai melakukan pindahan wang public bank.

 

CARA TRANSFER DUIT PUBLIC BANK KE PUBLIC BANK (Guna ATM)

Sekiranya anda ingin tranfer menggunakan ATM, berikut adalah caranya:

  1. Pergi ke mana-mana ATM Public Bank berhampiran anda
  2. Masukkan Kat ATM anda dan no Pin Kad anda
  3. Kemudian pilih pada Akaun Simpanan
  4. Seterusnya klik pada Pindahan/Bayar Pinjaman
  5. Pilih Lain-lain Akaun (khusus untuk Public Bank)
  6. Masukkan No akaun Public Bank yang ingin di tranfer
  7. Masukkan Jumlah yang ingin di tranfer
  8. Paparan maklumat penerima akan terpapar seperti:
    • Nama penerima
    • No akaun
    • Jumlah
  9. Sahkan maklumat tersebut, sekiranya betul tekan Ya
  10. Selesai, pastikan anda mencetak resit untuk rujukan anda

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)

CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)

CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *