CARA TUKAR MySEJAHTERA ID (Kemas Kini Nombor Telefon Atau E-Mel)

CARA TUKAR MYSEJAHTERA ID (Kemas Kini Nombor Telefon Atau E-Mel)

Penggunaan aplikasi MySejahtera amat penting ketika musim pandemik dan juga akan kemungkinan akan menggunakannya dalam tempoh waktu yang lebih lama. Tidak mustahil sekiranya akan berlaku kesulitan atau apa-apa perubahan terutamanya nombor telefon atau emel yang digunakan sebagai ID MySejahtera.

Bagaimana cara untuk menukar ID Mysejahtera? Disini kami kongsikan cara tukar atau kemaskini ID MySejahtera sama ada Nombor Telefon ataupun Email, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI MySEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

KENAPA PERLU KEMASKINI ID MySEJAHTERA

Akaun MySejahtera diaktifkan menggunakan ID iaitu sama ada nombor telefon atau emel bagi menghubungi pengguna jika ada berlaku apa-apa berkaitan kes penularan atau berkaitan vaksin Covid-19.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

 

CARA TUKAR ID MySEJAHTERA (Nombor Telefon Atau E-Mel)

Untuk tukar Id Mysejahtera, sudah semestinya anda perlu install aplikasi MySejahtera (Android / IOS). Berikut adalah merupakan cara tukar ID MySejahtera sama ada Nombor Telefon ataupun Email:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada halaman Profile
  3. Kemudian klik pada 3 garisan bertindih pada bahagian penjuru kanan atas
  4. Seterusnya klik pada Tukar MySJ ID
  5. Pada halaman ini anda boleh masukkan ID MySJ yang baru sama ‘Nombor Telefon’ atau ‘Alamat Emel’
  6. Semak kembali, sekiranya betul klik Sahkan
  7. Selesai, anda telah berjaya tukar/kemaskini ID MySejahtera anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai ID Mysejahtera, anda boleh layari pautaN https://mysejahtera.malaysia.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *