CARA TUKAR NAMA BIL AIR RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)

CARA TUKAR NAMA BIL AIR RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)

CARA TUKAR NAMA BIL AIR RUMAH(Nama PenyewaPemilik Baru)

Sekiranya anda membeli rumah baru dan ingin menukar nama pemilik akaun (pengguna berdaftar) bil air rumah anda, semestinya anda ingin mengetahui bagaimana caranya.

Ini kerana segala urusan pertukaran nama bil Air ini adalah tanggungjawab anda. Disini kami kongsikan cara menukar nama bil air Selangor dan Johor, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU TUKAR NAMA BIL AIR

Melalui langkah ini, anda sebagai pemilik premis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan bil air anda, permohonan pertukaran nama perlu dilaksanakan oleh pemilik premis yang baru.

 

CARA TUKAR NAMA BIL AIR SELANGOR (SYABAS)

 Berikut adalah cara untuk menukar nama bil air Selangor (Syabas):

  1. Pastikan anda Dokumen Diperlukan Untuk Tukar nama Bil Air Selangor antaranya:
    • Kad pengenalan owner rumah
    • Salinan S&P rumah yang dibeli
  2. Pergi ke cawangan kaunter Syabas berhampiran anda
  3. Di kaunter pertanyaan, maklumkan urtusan anda ingin menukar nama bil air rumah
  4. Pegawai tersebut akan memberikan anda satu boring, lengkapkan borang tersebut.
  5. Setelah siap mengisi, anda kena serahkan kembali borang tersebut ke kaunter untuk diproses.
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil.
  7. Seterusnya anda dikehendai untuk membuat membuat bayaran (bergantung pada kawasan).
  8. Selesai

NOTA: Nanti dalam masa 3 hari masa bekerja pegawai Syabas akan datang untuk pasang meter baru.

 

CARA TUKAR NAMA BIL AIR JOHOR (SAJ)

Berikut adalah cara untuk menukar nama bil air Johor (SAJ):

  1. Pergi ke Kaunter SAJ berhampiran anda
  2. Isikan dua dokumen yang diperlukan iaitu:
    • Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air ( Diisi oleh pemilik baru )
    • Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Balik Deposit ( Ini perlu diisi oleh pemilik asal )
  3. Setelah kedua borang itu lengkap, proses pertukaran nama bil air anda dapat dilakukan.

 

Tetapi bagaimanan sekiranya pemilik lama tidak dapat dihubungi, berikut adalah caranya:

  1. Anda dikehndaki sediakan setem hasil RM10 kat pejabat Pos.
  2. Ambil gambar bacaan meter air yang terbaru.
  3. Pergi ke Kaunter SAJ berhampiran anda
  4. Isi borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air. Tampal setem Hasil anda dekat borang ni. Kena ditandatangan pemilik baru dan seorang saksi.
  5. Kepilkan salinan dokumen yang diperlukan seperti:
    • Salinan kad pengenalan pemilik baru,
    • Salinan kad pengenalan saksi saksi
    • Salinan perjanjian jual beli rumah
    • Bil air terkini.
  6. Serahkan semua tu kat kaunter SAJ. Maklumkan dekat pegawai bertugas yang borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit tak dapat dilakakukan kerana pemilik asal tidak dapat dihubungi.
  7. Sekiranya ditanya berkenaan pemilik asal, anda Cuma maklumkan bahawa tidak pernah berjumpa dan segala urusan jual beli diuruskan oleh agen dan lawyer yang uruskan.
  8. Pegawai tu akan proceed permohonan anda dan akan klasifikasikan pemilik asal sebagai gagal dihubunggi.
  9. Serahkan gambar bacaan meter terkini kalau diminta.
  10. Pastikan anda sediakan duit untuk pembayaran Deposit (bergnatung pada keadaan semasa).
  11. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL AIR ONLINE (MAYBANK2U CIMB CLICKS MYBSN BANK ISLAM JOMPAY)

7 thoughts on “CARA TUKAR NAMA BIL AIR RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)”

  1. maklumat Tukar Nama/Change Ownership di atas untuk Syabas Selangor tidak lengkap. Perlu gambar meter (1 close up jelas lihat nombor atas meter & gambar paip bermeter penuh. Jika tiada meter, perlu gambar paip dipotong.

    boleh submit dalam Aplikasi juga. tetapi kurang efektif. setiap satu kesalahan , syabas hantar 1 emel untuk pembetulan. syabas tidak bantu beri maklumat sekali gus. satu demi satu.

    Balas

Leave a Comment