CARA TUKAR NAMA KERETA DI JPJ(TUKAR HAK MILIK KENDERAAN)

CARA TUKAR NAMA KERETA DI JPJ (TUKAR HAK MILIK KENDERAAN)

 

Secra amnya, geran kenderaan adalah seperti kad pengenalan bagi sesebuah kenderaan dan penama yang tercatat dalam geran adalah pemilik mutlak kenderaan tersebut. Bagi sesetengah individu, mungkin prosedur untuk tukar nama kenderaan sering dianggap suatu proses yang remeh.

Tahukah anda, proses pemindahan pemilikan merupakan suatu proses yang penting kerana jika berlaku insiden atau kemalangan, pemilik kereta yang sah mengikut nama yang tercatat pada geran mungkin perlu bertanggunjawab.

Oleh yang demikian, jika anda membuat sebarang jual beli kenderaan sila pastikan terus membuat penukaran pemilikan kenderaan. Caranya amat mudah, artikel ini akan menerangkan langkah untuk tukar nama kereta dan panduan lengkap pindah hak milik kereta secara sukarela.

 

CARA TUKAR NAMA KERETA (TERKINI)

Untuk menukar nama kereta, panduan ini akan menyenaraikan proses prosedur dan cara tukar hak milik atau nama kereta berdasarkan langkah-langkah yang dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laman Facebook rasmi JPJ Malaysia. Berikut adalah panduan yang perlu anda ikuti :

  1. Langsaikan bayaran atau urusan jual beli kenderaan. Jika anda adalah pemilik kenderaan, sila pastikan tiada bayaran tertunggak atau kesemua baki bayaran telah dilangsaikan sebelum menjual kenderaan sama ada kereta atau motosikal kepada pemilik baharu
  2. Pastikan juga urusan jual beli bersama pemilik baharu kenderaan telah selesai seperti dipersetujui.
  3. Setelah itu, buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom.
    • Pemilik asal atau pemilik baharu perlu hadir sendiri ke Puspakom untuk melakukan pemeriksaan kenderaan.
    • Untuk memudahkan urusan, buat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir menjalani pemeriksaan di Puspakom.
    • Janji temu di Puspakom boleh dibuat secara online melalui akaun MyPUSPAKOM di portal PUSPAKOM atau aplikasi MyPuspakom (Google Play sahaja).
    • Isikan Borang B5 dan tunggu hingga proses pemeriksaan selesai.
    • Perkhidmatan pemeriksaan mandatori ini dikenakan cas sebanyak RM30.00 sahaja. (kereta persendirian)
  4. Selesai urusan PUSPAKOM, pemilik asal perlu membuat urusan di JPJ.
    • Pemilik asal perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan yang berhampiran.
    • Isikani Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJK3).
    • Pastikan anda membawa Kad Pengenalan (MyKad)
    • Setelah borang dilampirkan, pihak JPJ akan mengambil cap jari (biometrik) pemilik asal.
    • Setelah selesai, anda akan diberikan slip pengesahan, dan slip ini perlu diserahkan kepada pemilik baharu untuk urusan pindah milik yang seterusnya.
  5. Urusan seterusnya adalah kepada pemilik baharu di JPJ.
    • Pemilik baharu juga perlu mengisi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJK3).
    • Bagi pemilik baharu, anda disarankan untuk memperbaharui insuran kereta terlebih dahulu kerana setelah urusan cap jari atauthumprint di JPJ selesai, road tax kereta serta insuran kereta sedia ada akan terbatal secara automatik.
    • Setelah selesai, sijil pemilikan kenderaan (VOC) baharu dengan maklumat pemilikan baharu akan dikeluarkan oleh pihak JPJ
    • Urusan tukar nama kereta anda telah selesai!

SENARAI SEMAK/CHECKLIST CARA TUKAR NAMA KERETA

Selain itu, anda juga boleh melihat senarai semak berikut untuk mengetahui senarai dokumen yang diperlukan untuk mengelakkan urusan tukar hak milik atau prosedur tukar nama kereta tergendala:

  1. Pemilik Asal
    • Kad pengenalan (MyKad);
    • Geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan (VOC).
  2. Pemilik Baharu
    • Kad pengenalan (MyKad);
    • Geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan (VOC);
    • Laporan asal pemeriksaan Puspakom;
    • Slip pengesahan cap jari pemilik asal.

 

SOALAN LAZIM

Adakah pemilik asal (penjual) dan pemilik baharu perlu hadir bersama ke cawangan JPJ untuk membuat urusan tukar nama kendaraan?

Tidak, pemilik asal dan pembeli baharu tidak perlu hadir bersama pada masa yang sama. Kedua individu terlibat boleh hadir pada waktu berlainan tidak melebih masa ditetapkan.

 

Saya baharu sahaja membeli kenderaan dan ingin menukar nama Akan tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia Bolehkah saya menukar nama hak milik?

Boleh, anda boleh melakukannya. Terdapat berberapa prosedur yang perlu anda ikuti.

 

Nak ke JPJ,kena buat JANJITEMU ONLINE JPJ ke?

Ya

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan tentang cara tukar nama kereta, hantarkan aduan anda ke Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke [email protected]. Semoga artikel ini membantu memudahkan urusan anda.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)

11 Comments

  1. Nak tanya sy nak beli kenderaan under syarikat, nak tukar nama dari syarikat kepada individu.. mcm mna proses dia

  2. Macam mana urusan tukar nama sekiranya kita membeli kenderaan dari sebuah syarikat..nama yang berdaftar adalah nama syarikat..bukan individual..

  3. Jika insuran dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh, bagaimana untuk saya bawa kenderaan tersebut ke PUSPAKOM. Untuk makluman kenderaan tersebut, saya ingin membuat pindah milik ke atas nama saya. jadi adakah boleh saya bawa kenderaan tersebut tanpa insuran kenderaan? atau hanya perlu saya bawa Sijil Pemilikan Kenderaan yang asal dan Slip Pengesahan Temujanji PUSPAKOM.
    Mohon bantuan/khidmat nasihat. Terima kasih.

  4. Salam,tumpang tanya apakah perbezaan kelas kegunaan pada geran kereta untuk 1.persendirian – individu dengan 2.persendirian – motorkar syarikat. saya baru loan kereta ini dan terdapat perbezaan padan geran kereta baharu saya loan dengan geran kereta ibu saya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *