CARA TUKAR NO HP AFFIN BANK (Update Mobile Phone Number)

Utama / AFFIN ONLINE / CARA TUKAR NO HP AFFIN BANK (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP AFFIN BANK (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. AffinOnline merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Affin Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar ata kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP AFFIN BANK?

 

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Affin Bank mungkin perlu ditukar. Kemungkinan kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit dicuri / diambil oleh orang lain atau juga anda ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP AFFIN BANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui website AffinOnline:
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan / Ciri-Ciri AffinOnline.

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Affin Bank:
    • Sila pergi ke cawangan Affin Bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
    • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.

 

  1. Penukaran No HP secara Email:
    • Emailkan penukaran no HP anda ke: [email protected]
    • Contoh:
      1. Subjek: Kemaskini No Telefon Affin Bank Internet Banking
      2. Isi Email: saya mahu tukar nombor telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya: (Nama, No Kad Pengenalan, No telefon lama, No telefon baru). Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.
  • Nota: Sekiranya Anda tak ingat no telefon lama sebab handphone dah hilang, ruangan No HP Lama jangan di isi atau beri tanda (-).

 

  1. Penukaran no Hp melalui Pusat Panggilan Affin Bank
    • Hubungi Pusat Panggilan Affin Bank di talian 03-5522 3000
    • Maklum kepada pegawai bank bahawa anda mahu kemaskini no handphone.
    • Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
    • Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon anda dilakukan

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON AFFIN BANK

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggila Affin Bank di nombor 03-5522 3000

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC)?

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kata laluan 6 digit yang dihantar ke telefon bimbit anda apabila anda membuat pembelian dalam talian. Anda akan menerima OTP anda dalam masa sepuluh (10) saat dari masa maklumat kad anda dihantar ke laman sesawang saudagar. Ianya hanya sah untuk satu (1) transaksi dan untuk digunakan dalam masa tiga (3) minit.

 

Kenapa OTP diperlukan untuk melengkapkan pembelian dalam talian?

  • OTP adalah ciri keselamatan tambahan bagi memudahkan transaksi dalam talian dilakukan.
  • OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan AFFINBANK adalah cara yang selamat untuk mengesahkan sekiranya pihak yang melakukan pembelian dalam talian adalah pemilik sebenar kad Kredit atau Debit yang digunakan untuk pembelian.

 

Bagaimana sekiranya nombor telefon bimbit saya dengan AFFINBANK tidak dikemas kini, adakah saya masih boleh membuat pembelian dalam talian?

Tanpa mempunyai nombor telefon bimbit berdaftar dengan AFFINBANK, anda tidak boleh membuat pembelian dalam talian daripada Saudagar 3D Secure yang mengambil bahagian kerana Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang lama berdasarkan rekod AFFINBANK.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara tukar no HP AffinBank anda boleh layari web rasmi di pautan www.affinonline.com

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN AFFIN ONLINE:CARA DAFTAR REGISTER ONLINE BANKING(affinonline.com)

REGISTER AFFINSECURE:CARA DAFTAR DI APLIKASI AFFIN SECURE

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *