CARA TUKAR NO HP AGROBANK (Update Mobile Phone Number)

Utama / AGRONET / CARA TUKAR NO HP AGROBANK (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP AGROBANK (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. AgroNet merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan AgroBank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar ata kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP AGROBANK?

 

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih AgroBank mungkin perlu ditukar. Kemungkinan kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga anda ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP AGROBANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui AgroNet:
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan / Ciri-Ciri AgroNet.

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Agro Bank:
    • Sila pergi ke cawangan Agro Bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
    • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.

 

  1. Penukaran No HP di ATM Agro Bank:
    • Sila pergi ke mesin ATM Agro Bank berdekatan.
    • Masukkan Kad ATM.
    • Masukkan PIN ATM.
    • Pilih menu Others/Lain-Lain.
    • Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
    • Tekan butang Teruskan/Proceed.
    • Cetak resit untuk rujukan
    • Anda berjaya Kemaskini nombor telefon anda.

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON AGROBANK

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi khidmat pelanggan di nombor 1 300 88 2476.

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC)?

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod alfanumerik 6 karakter yang diwajibkan untuk melakukan transaksi dalam talian tertentu melalui Agronet.

 

Bilakah TAC diperlukan?

TAC diperlukan untuk melakukan transaksi berikut:

  • Pembayaran bil & pendaftaran akaun pihak ketiga
  • Transaksi pembayaran Bil Terbuka (Tidak Berdaftar)
  • Transaksi Muat Semula Prabayar Buka (Tidak Berdaftar)
  • Bayar ke bank Terbuka (Tidak Berdaftar) transaksi

 

Berapa banyak nombor telefon bimbit yang boleh saya daftarkan untuk TAC?

Anda hanya boleh mendaftarkan satu nombor pada satu masa.

 

Saya mendapat mesej ralat semasa memasukkan TAC seperti yang diminta?

Mesej ralat akan diminta untuk alasan berikut:

  • TAC tidak betul atau telah tamat tempoh
  • TAC telah salah memasukkan lebih daripada 3 percubaan.
  • Log masuk anda sebelumnya ditolak

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarnag maklumat lanjut anda boleh layari web rasmi Agrobank di pautan www.agrobank.com.my

 

ARTIKEL LAIN 

LOGIN AGRONET:CARA DAFTAR REGISTER AGROBANK ONLINE (agronet.com.my)

14 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *