CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK (Update Mobile Phone Number)

Utama / ALLIANCEONLINE / CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. Alliance Online merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Alliance Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No OTP akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar ata kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP ALLIANCE BANK?

 

Nombor telefon tidak dapat dielakkan dari segi perbankan. Ini kerana, dengan nombor telefon, Anda dapat memperoleh informasi dari akaun Anda, mulai dari mendapatkan SMS TAC, dana masuk, bahkan membayar tagihan. Anda tidak dapat membayar bil menggunakan akaun anda jika nombor telefon yang anda gunakan untuk menghantar permintaan tidak didaftarkan ke sistem. Oleh itu, secepat mungkin, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi ini pada bila-bila masa anda menukar nombor telefon anda.

 

Tetapi, walaupun anda telah lama menjadi pelanggan Alliance Bank, mungkin anda tidak tahu bagaimana menukar nombor telefon anda dalam sistem. Biasanya, anda boleh mengunjungi cawangan terdekat untuk meminta wakil menukarnya untuk anda; tetapi masih banyak cara yang masih belum didedahkan.

 

CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui Website:
    • Buat masa terkini tiada perkhidmatan penukaran no Hp di website Alliance Online

 

  1. Penukaran No HP di ATM:
    • Sila pergi ke cawangan Alliance Bank berdekatan,
    • Masukkan Kad Debit anda.
    • Pilih bahasa dan masukkan nombor PIN anda,
    • Kemudian, tekan butang untuk Perkhidmatan Lain
    • Teruskan dengan menekan butang untuk Lebih banyak perkhidmatan
    • Kemudian pilih kemas kini telefon bimbit perbankan Internet
    • Masukkan nombor telefon semasa anda, setelah selesai tekan Betul
    • Nombor telefon anda kini ditukar.
    • Pastikan anda cetak resit sebagai rujukan.

 

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Alliance Bank:
    • Sila pergi ke cawangan Alliance Bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon, isikan borang yang berkaitan jika ada.
    • Selepas itu tunggu, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.

 

  1. Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Pelanggan
    • Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Alliance Bank di talian 03-5516 9988
    • Pastikan anda sediakan nombor kad debit Alliance
    • Beritahu kepada pegawai bank bahawa anda ingin tukar no telefon.
    • Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai tersebut untuk lengkapkan proses kemaskini telefon anda
    • Selesai

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON ALLIANCE BANK

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi talian perkhIdmatan pelanggan Alliance Bank di nombor 03-5516 9988

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC)?

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kata laluan 6 digit yang dihantar ke telefon bimbit anda apabila anda membuatpembelian dalam talian. Anda akan menerima OTP anda dalam masa sepuluh (10) saat darimasa maklumat kad anda dihantar ke laman sesawang saudagar. Ianya hanya sah untuk satu (1)transaksi dan untuk digunakan dalam masa tiga (3) minit.

 

Transaksi mana yang memerlukan TAC?

TAC diperlukan untuk transaksi berikut:

  • Bayar Orang Lain di Alliance Bank
  • Bayar Orang Lain di Bank Lain
  • Bayar Kad
  • Bayar Pinjaman / Pembiayaan
  • Membayar bil
  • Tambahkan Pembayar ke Kegemaran
  • Pembukaan Akaun eSaving saya
  • Kemas kini Profil Saya

 

 

Bagaimana TAC berfungsi?

Untuk transaksi yang memerlukan TAC, anda mesti disahkan melalui TAC. Langkah-langkah berikut merangkum aliran transaksi:

  • Pilih transaksi yang memerlukan TAC. Masukkan butiran transaksi.
  • Setelah mengesahkan transaksi, klik pada “Request TAC”
  • TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS
  • Masukkan TAC dan klik “Confirm”
  • Setelah pengesahan TAC berjaya, transaksi akan berjaya

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara tukar no HP Alliance Bank anda boleh layari web rasmi di pautan www.alliancebank.com.my

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK (Update Mobile Phone Number)

LOGIN ALLIANCE BANK ALLIANCEONLINE:CARA REGISTER ONLINE BANKING(allianceonline.com.my)

4 Comments

  1. Da isi form sampai 3 kali tp sampai skrg x dpt otp number jugak..try call byk kali x bole access sb mta otp number.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *