CARA TUKAR NO HP AMBANK (Update Mobile Phone Number)

Utama / AMONLINE AMBANK / CARA TUKAR NO HP AMBANK (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP AMBANK (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. Ambank online banking merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Ambank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).CARA TUKAR NO HP AMBANK

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar atau kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP AMBANK?

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Ambank mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP AMBANK

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

  1. Penukaran No HP melalui Ambank Online Banking:
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan Ambank Onlne Banking
  1. Penukaran No HP di cawangan Ambank:
    • Sila pergi ke cawangan Ambank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
    • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.
  1. Penukaran No HP di ATM:
    • Pergi ke mesin ATM Ambank berdekatan anda.
    • Masukkan kad debit dan masukkan PIN.
    • Pilih Register/Change TAC Mobile.
    • Masukkan nombor telefon baru Anda (Press if Correct).
    • Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin.
    • Ambil resit untuk rujukan.
    • Selesai
  1. Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Helpline Ambank
    • Tiada perkhidmatan penukaran no telefon melalui talian Helpline.

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON AMBANK?

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Ambank di talian +603-2178 8888

 

 

SOALAN LAZIM

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC) Ambank?

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod alfanumerik 8 karakter yang diwajibkan untuk melakukan transaksi dalam talian tertentu melalui Ambank Online Banking.

 

Semasa saya membuat urusan Online Banking Ambank, mengapakah saya tidak menerima SMS TAC?

Berikut adalah sekiranya tidak menerima TAC:

  • Telefon mudah alih anda mungkin di luar kawasan liputan rangkaian.
  • Peti mesej anda mungkin penuh.
  • Nombor mudah alih anda mungkin telah disenaraihitamkan atau anda telah memilih untuk tidak menerima sebarang mesej daripada mana-mana organisasi.
  • Pengendali rangkaian mungkin mengalami masalah teknikal atau menghadapi kesesakan waktu puncak.

 

Untuk transaksi online banking Ambank, berapa banyak nombor telefon yang boleh saya daftarkan untuk TAC?

Anda hanya boleh mendaftarkan satu nombor pada satu masa.

Baca juga

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara tukar no HP Ambank, anda boleh layari web rasmi Ambank di pautan https://www.ambank.com.my/

6 Comments

  1. Saya dah pergi ke mesin ATM AmBank untuk update no Tpon yang baru tapi tiada Burton untuk tukar no Tpon .

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *