CARA TUKAR NO HP BANK MUAMALAT (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP BANK MUAMALAT (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. I-Muamalat merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Bank Muamalat sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online). Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar no Hp Bank Muamalat, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU TUKAR NO HP BANK MUAMALAT?

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Bank Muamalat mungkin perlu ditukar. Kemungkinan kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit dicuri / diambil oleh orang lain atau juga anda ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

CARA TUKAR NO HP BANK MUAMALAT

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

Cara Tukar No HP melalui website i-Muamalat:

  • Kemaskini nombor telefon untuk TAC i-Muamalat hanya boleh dilakukan di cawangan Bank Muamalat kerana ia memerlukan pengesahan daripada pihak bank yang sah.
  • Sekiranya Anda ingin mengemaskini nombor telefon, Anda perlu pergi ke cawangan Bank Muamalat yang terdekat dan berjumpa dengan pegawai bank yang bertanggungjawab untuk kemaskini maklumat Anda.
  • Sebab itu, proses ini hanya boleh dilakukan di cawangan Bank Muamalat sahaja. Selain itu, proses kemaskini memerlukan Anda untuk mengisi borang dan memberikan maklumat yang tepat.

Cara Tukar No HP di cawangan Bank Muamalat:

  • Sila pergi ke cawangan Bank Muamalat berdekatan,
  • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
  • Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
  • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON BANK MUAMALAT

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi talian perkhdimatan pelanggan Bank Muamalat di nombor 03-26005500

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TUKAR NO TELEFON BANK MUAMALAT

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC)?

  • Transaction Authorization Code (TAC) adalah kata laluan 6 digit yang dihantar ke telefon bimbit anda apabila anda membuatpembelian dalam talian. Anda akan menerima OTP anda dalam masa sepuluh (10) saat darimasa maklumat kad anda dihantar ke laman sesawang saudagar. Ianya hanya sah untuk satu (1)transaksi dan untuk digunakan dalam masa tiga (3) minit.

 Kenapa TAC diperlukan untuk melengkapkan pembelian dalam talian?

  • TAC adalah ciri keselamatan tambahan bagi memudahkan transaksi dalam talian dilakukan.
  • TAC yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar denganAFFINBANK adalah cara yang selamat untuk mengesahkan sekiranya pihak yang melakukanpembelian dalam talian adalah pemilik sebenar kad Kredit atau Debit yang digunakan untukpembelian.

 Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima TAC melalui SMS?

  • Masa penghantaran untuk TAC melalui SMS bergantung kepada jumlah lalu lintas pembekal perkhidmatan mudah alih anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara tukar no HP Bank Muamalat anda boleh layari web rasmi di pautan www.i-muamalat.com.my

ARTIKEL LAIN

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *