CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)

Utama / i-RAKYAT / CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)

 

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. iRakyat merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Bank Rakyat sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar no hp Bank Rakyat atau  kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP BANK RAKYAT?

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Bank Rakyat mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui iRakyat (web & Aplikasi):
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan / Ciri-Ciri iRakyat..

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Bank Rakyat:
    • Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
    • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.

 

  1. Penukaran No HP secara Email:
    • Emailkan penukaran no HP anda ke: [email protected]
    • Contoh:
      1. Subjek: Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking
      2. Isi Email: saya mahu tukar nombor telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya: (Nama, No Kad Pengenalan, No telefon lama, No telefon baru). Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.
  • Nota: Sekiranya Anda tak ingat no telefon lama sebab handphone dah hilang, ruangan No HP Lama jangan di isi atau beri tanda (-).
  • Pihak Bank Rakyat akan telefon anda untuk proses pertukaran nombor telefon dan pengesahan.
  • Mohon untuk siap sedia menerima panggilan dari Bank Rakyat.

 

  1. Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Tele-Rakyat Bank Rakyat
    • Hubungi Tele Rakyat Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
    • Bagitau kepada pegawai bank bahawa Anda mahu kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
    • Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
    • Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon i-Rakyat berjaya dilakukan.

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON BANK RAKYAT?

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454.

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu Transaction Authorization Code (TAC)?

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod alfanumerik 8 karakter yang diwajibkan untuk melakukan transaksi dalam talian tertentu melalui iRakyat.

 

Bilakah TAC diperlukan?

TAC diperlukan untuk melakukan transaksi berikut:

  • Pembayaran bil & pendaftaran akaun pihak ketiga
  • Transaksi pembayaran Bil Terbuka (Tidak Berdaftar)
  • Transaksi Muat Semula Prabayar Buka (Tidak Berdaftar)
  • Bayar ke bank Terbuka (Tidak Berdaftar) transaksi

 

Berapa banyak nombor telefon bimbit yang boleh saya daftarkan untuk TAC?

Anda hanya boleh mendaftarkan satu nombor pada satu masa.

 

Saya mendapat mesej ralat semasa memasukkan TAC seperti yang diminta?

Mesej ralat akan diminta untuk alasan berikut:

  • TAC tidak betul atau telah tamat tempoh
  • TAC telah salah memasukkan lebih daripada 3 percubaan.
  • Log masuk anda sebelumnya ditolak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarnag maklumat lanjut tentang cara tukar no hp Bank Rakyat,anda boleh layari web rasmi Bank Rakyat di pautan https://www.bankrakyat.com.my/

Artikel Lain Bank Rakyat :

LOGIN BANK RAKYAT i-RAKYAT:CARA DAFTAR ONLINE BANKING(irakyat.com.my)

14 Comments

  1. Terima kasih atas segala maklumat yang telah dikongsikan.
    Untuk penukaran nombor telefon secara panggilan, tidak lagi boleh dilakukan. Saya sudah cuba. Hanya boleh melalui email n ke cawangan yang berdekatan sahaja.

  2. Saya ada buat penukaran nombor telefon melalui email. mereka balas dan suruh saya isi borang (nombor telefon baru). Selepas itu, saya tidak menerima apa-apa panggilan daripada mereka. Bagaimana ye? sudah lebih sebulan saya tunggu tapi masih tiada panggilan

  3. Saya ada buat penukaran no talipon di kaunter cawangan Bandar Baru Bangi pada 2 tahun lepas, tapi sehingga ke hari ini, 28.12.2021 masih lagi TAC dihantar ke nombor yang lama, yang dah bertahun tidak diguna. Mengapa ya?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *