CARA TUKAR NO HP EWALLET (Touch ‘n Go, Boost, GrabPay, ShopeePay)

Utama / CARA TUKAR NO HP EWALLET / CARA TUKAR NO HP EWALLET (Touch ‘n Go, Boost, GrabPay, ShopeePay)

CARA TUKAR NO HP EWALLET (Touch ‘n Go, Boost, GrabPay, ShopeePay)

Terkini penggunaan eWallet amat menggalakkan.ini kerana perlbagai perkhidmatan yang disediakan melalui eWallet antaranya pindahan wang sesama eWallet, tambah nilai prabayar dan pascabayar bil telefon, membuat pembayaran dan sebagainya.

Tetapi untuk menggunakan perkhidmatan eWallet ini seharusnya didaftarkan dengan no telefon yang aktif. Bagaimana sekiranya anda ingin menukar/mengemaskini telefon anda dalam eWallet? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA TUKAR NO HP TOUCH’n GO eWALLET

Sekiranya anda mempunyai akaun Touch’n Go eWallet ini, pastikan no telefon yang didaftarkan merupakan nombor terkini anda. Berikut adalah cara untuk tukar/kemaskini no telefon eWallet anda:

  1. Layari portal Touch;n Go eWallet Bantuan DI SINI
  2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Registered Email (Emel)
    • Mobile Number (No Telefon bimbit) -Sila masukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan tanpa ‘-‘
    • Full Name as per IC (Nama Penuh seperti dalam kad pengenalan)
    • Support Type (Jenis Bantuan) – pilih Kemaskini Telefon Bimbit, isikan No telefon baru di ruangan yang disediakan
    • Description (Keterangan) – Sila masukkan maklumat terperinci mengenai permintaaan anda
    • Attachments (Lampiran) – Lampirkan Salinan Bil Telefon Pascabayar / Prabayar and
  3.  Setelah lengkap semuanya, klik pada Serah/Submit
  4. Kemudia semak email anda berkenaan pemakluman pertukaran no telefon ini
  5. Selesai

 

CARA TUKAR NOMBOR HP BOOST eWALLET

Sekiranya anda mempunyai akaun Boost eWallet ini, pastikan no telefon yang didaftarkan merupakan nombor terkini anda. Berikut adalah cara untuk tukar/kemaskini no telefon eWallet anda:

  1. Layari ke laman utama Boost Mobile
  2. Log masuk menggunakan nombor telefon dan nombor PIN semasa anda.
  3. Scroll ke bawah dan klik pada bahagian Device Section dan dan pilih pilihan “Cahnge Phone Nombor”
  4. Kemudian, anda perlu memasukkan Nombor telefon baru anda.
  5. Terdapat satu amaran bahawa setelah anda meminta nombor telefon baru, anda tidak dapat mendapatkan kembali nombor lama anda.
  6. Setelah anda mengesahkan ini, skrin seterusnya akan memaparkan nombor baru anda, tetapi prosesnya mungkin memerlukan beberapa jam.
  7. Selesai

 

CARA TUKAR NO HP GRABPAY eWALLET

Sekiranya anda mempunyai akaun GrabPay eWallet ini, pastikan no telefon yang didaftarkan merupakan nombor terkini anda. Berikut adalah cara untuk tukar/kemaskini no telefon eWallet anda:

  1. Buka aplikasi GrapPay anda
  2. Klik pada gambar profil anda atau nama anda di menu
  3. Di halaman profil anda, anda dapat mengemaskini e-mel, nombor telefon dan nama anda
  4. Setelah selesai, klik Simpan di sudut kanan atas skrin untuk mengesahkan perubahan anda
  5. Kemudian anda akan menerima SMS dengan Kod Pengaktifan Profil (PAC) 4 digit.Masukkan Kod Tersebut
  6. Selesai
  7. Sekiranya akaun anda dilindungi oleh GrabPIN, anda akan diminta memasukkan GrabPIN anda.

 

CARA TUKAR NOMBOR HP SHOPEEPAY eWALLET

Sekiranya anda mempunyai akaun ShopeePay eWallet ini, pastikan no telefon yang didaftarkan merupakan nombor terkini anda. Berikut adalah cara untuk tukar/kemaskini no telefon eWallet anda:

  1. Buka aplikasi Shopee anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada Me
  3. Kemudian tekan Account Setting
  4. Klik pada My Profile dan Kemudian tekan Phone
  5. Masukkan password Shopee anda untuk pengesahan
  6. Ikut langkah selanjutnya seperti yang diberi oleh Shopee.
  7. Terdapat sesetengah kes, Shopee akan minta anda untuk masukkan maklumat tambahan seperti :
  8. Expired date Kredit Kad yang telah didaftarkan
  9. Ataupun masukkan nombor akaun bank yang telah disahkan
  10. Selepas selesai pengesahan, anda boleh kemaskini nombor telefon yang baru. Kemudian kod verifkasi akan dihantar ke nombor baru untuk pengesahan
  11. Masukkan kod verifikasi dan tekan Continue untuk selesaikan proses. Nombor anda akan berubah secara terus selepas itu.

NOTA: Pastikan Nombor Telefon yang akan digunakan belum didaftarkan di akaun Shopee yang lain. Setiap Nombor telefon bimbit hanya boleh digunakan untuk 1 akaun Shopee sahaja.

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

14 Comments

    • Saya terlupa no telefon semasa mendaftar TnGo E-wallet.
      Bagaimana untuk tukar no. telefon?

  1. masalah saya nk buka ewallet lupa paswood .daftar no telefon lama sudah tidak guna lagi macam mana cara untuk saya dapat kan no paswod baru .boleh tolong bantu saya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *