CARA TUKAR NO HP HONG LEONG BANK(Update Mobile Phone Number)

Utama / HONG LEONG CONNECT / CARA TUKAR NO HP HONG LEONG BANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP HONG LEONG BANK(Update Mobile Phone Number)

 

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. Hong Leong Connect merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Hong Leong sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar ata kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU TUKAR NO HP HONG LEONG BANK?

Kepada pengguna yang hadapi masalah seperti  nombor telefon sudah tidak aktif (expired) tidak boleh digunakan lagi untuk membuat urusan perbankan dan juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut:

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

CARA TUKAR NO HP HONG LEONG BANK

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui Hong Leong Bank Connet (web & Aplikasi):
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan / Ciri-Ciri HLB Connect.

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Hong Leong Bank:
    • Sila pergi ke cawangan Hong Leong Bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Ikuti langkah seterusnya supaya proses update phone number Hong Leong Bank lancar.

 

  1. Penukaran No HP di ATM Hong Leong Bank:
    • Sila pergi ke mesin ATM Hong Leong Bank berdekatan.
    • Masukkan kad debit atau kad kredit Hong Leong Bank dan masukkan PIN.
    • Pilih PIN >TAC > Limit.
    • Masukkan nombor telefon baru Anda.
    • Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin. Ambil resit untuk rujukan.

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON HONG LEONG BANK?

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi talian helpline Hong Leong Bank 03 7626 8899 (9 pagi – 6 Petang) atau Whatsap (https://api.whatsapp.com/send?phone=60376268899&text=Hi%20HLB)

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu TAC?

Kod Kebenaran Transaksi (TAC) adalah ciri keselamatan yang digunakan oleh Bank untuk melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, anda akan menerima TAC daripada Nombor telefon yang anda daftarkan melalui Bank

 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima TAC melalui SMS?

Masa penghantaran untuk TAC melalui SMS bergantung kepada jumlah lalu lintas pembekal perkhidmatan mudah alih anda.

 

Mengapakah saya tidak menerima SMS TAC?

  • Telefon mudah alih anda mungkin di luar kawasan liputan rangkaian.
  • Peti mesej anda mungkin penuh.
  • Nombor mudah alih anda mungkin telah disenaraihitamkan atau anda telah memilih untuk tidak menerima sebarang mesej daripada mana-mana organisasi.
  • Pengendali rangkaian mungkin mengalami masalah teknikal atau menghadapi kesesakan waktu puncak.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarnag maklumat lanjut tentang CARA TUKAR NO HP HONG LEONG BANK anda boleh layari web rasmi Hong Leong Bank di pautan https://www.hlb.com.my/

21 Comments

  1. Macam mana nak reset no hp lama
    Sebab sya lupa no hp lama..
    Dan online banking sya kena block katanya kena scam..mcm mana sya nak aktifkan online banking

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *