CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

Utama / MySejahtera / CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

Bagaimanakah cara untuk tukar no hp MySejahtera?Situasi tukar no hp adalah perkara biasa disebabkan hal tertentu seperti tamat tempoh perkhidmatan,lama sangat tak topup,simkad rosak dan lain-lain.

 

Kepada  pengguna utama aplikasi MySejahtera,bagaimanakah cara menyelesai masalah tukar no hp ini?

 

Artikel ini akan bantu anda  cara tukar no hp MySejahtera

 

 

APA ITU MySEJAHTERA?

 

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

 

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19

 

  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19

 

  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19

 

  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

 

CARA DAFTAR DAFTAR MySEJAHTERA

 

Berikut adalah Cara Daftar MySejahterata:

 

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

 

Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu

 

Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)

 

Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

 

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

 

Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”

 

Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk

 

Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

 

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

ADAKAH BOLEH TUKAR NO HP MySEJAHTERA?

 

Ya, anda boleh.

 

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA

 

Berikut adalah cara tukar nombor telefon MySejahtera:

 

  1. Sila buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik CLOSE pada bahagian atas kanan
  3. Kemudian Klik PROFILE pada bahagian bawah kanan
  4. Seterusnya klik pada tab MENU pada bahagian penjuru kanan
  5. Dipaparkan beberapa fungsi utama
  6. Sila pilih MySejahtera Helpdesk
  7. Kemudian pilih mana-mana browser untuk tujuan kemaskini no hp
  8. Anda diberi pilihan untuk pilih Bahasa
  9. Kemudian klik START
  10. Pilih E ( I want to update my personal detail)
  11. Kemudian pilih C (( I want to change my mobile number)
  12. Untuk peringatan,jika ID MySejahtera anda adalah no hp,anda tidak dapat menukar no telefon tersebut. Jika ID MySejahtera anda adalah email,anda boleh tukar no telefon tersebut.
  13. Klik MyUser ID
  14. Dipaparkan 4 ruangan kosong untuk disi (Nbr lama,nbr baru, email & pengesahan email)
  15. Klik SUBMIT
  16. Anda akan menerima 2 email daripada MySejahtera memaklumkan proses tukar no hp Berjaya.

 

INFO LANJUT & PERTAYAAN

 

Sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

17 Comments

  1. sijil mys saya tidak keluar baru saya tukar no hp tadi, tolong bantu saya agar sijil vaksin digital saya dapat balik, sebab masalah saya susah mau masuk kedai.

  2. Saya baru tukar no tpom dan juga Emil
    Tapi my sejahtera x boleh buka sijil vaksin xada tolong bantu saya

  3. Sy nk buka my sejahtera dalam nom baru sy …xbolh dalam nom itu ada orng lain aktifkan …lagi pun nombor itu sy baru je beli hari itu .. nombor baru lagi…so cm mne nk buat ye sekarang

  4. Saya nak buka my sejahtera dalm nom lama so sekarang I nak guna nom tel baru i Saya dah dos2 update my sejahtera sekarang vacation details tak dapat tak boleh skn so cm Sy bust.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *