CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)

Utama / PBE PUBLIC BANK / CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. PBE bank  merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Public Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan pelanggannya dengan menjalankan transaksi secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No PAC akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar atau kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP PUBLIC BANK?

 

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih PBE bank mungkin perlu ditukar. Mungkin kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon dicuri / diambil oleh orang lain atau juga anda ingin kemaskini no telefon untuk merima PAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan PAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • PAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • PAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu PAC dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui website PBE Bank:
    • Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan Pbe Bank

 

  1. Penukaran No HP di cawangan Public bank:
    • Sila pergi ke cawangan Public bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
    • Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.

 

  1. Penukaran No HP di ATM:
    • Pergi ke mesin ATM Public bank berdekatan anda.
    • Masukkan kad debit dan masukkan PIN.
    • Pilih Register/Change PAC Mobile.
    • Masukkan nombor telefon baru Anda (Press if Correct).
    • Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin.
    • Ambil resit untuk rujukan.
    • Selesai

 

.

  1. Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Helpline Public bank
    • Hubungi khidmat pelanggan di talian 03-2179 9999
    • Maklum kepada pegawai bank bahawa anda ingin kemaskini no handphone anda
    • Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
    • Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon anda berjaya dilakukan.

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON PUBLIC BANK

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan PAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Public Bank di talian 03-2179 9999

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu PAC?

PAC adalah sistem yang menghasilkan kod pengesahan enam digit. Setiap PAC unik dan berfungsi sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan anda.

 

Bilakah PAC diperlukan?

Anda akan menerima PAC melalui SMS semasa anda melakukan transaksi dalam talian. Ini hanya berlaku setelah anda berjaya masuk ke PBe Bank. PAC diperlukan untuk transaksi berikut:

  • Pindahan dana ke akaun PBB lain
  • GIRO antara bank (IBG) / Pindahan Segera / RENTAS
  • Pembayaran bil
  • Pelaburan
  • penempatan dan pengeluaran eFD
  • Penambahan prabayar
  • Ejen debit / pembayaran terus
  • FPX
  • Kiriman wang asing
  • Pemindahan dana ke akaun sendiri untuk agregat harian lebih daripada RM5,000.00
  • Pemindahan Western Union

 

Bagaimana PAC berfungsi?

  • Pilih transaksi yang ingin anda buat
  • Di halaman pengesahan, klik pada “Request PAC Now”
  • Setelah menerima SMS, masukkan nombor pengesahan 6 digit. Pastikan nombor siri yang ditunjukkan di skrin sesuai dengan nombor siri dalam SMS anda.
  • Setelah memeriksa nombor siri, masukkan nombor PAC yang ditunjukkan dalam SMS anda ke skrin transaksi.
  • Klik “Confirm” untuk mengesahkan transaksi anda.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara tukar no HP PBE Bank, anda boleh layari web rasmi Public bank di pautan www.pbebank.com

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN PBE PUBLIC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(pbebank.com)

21 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *