CARA TUKAR NO HP RHB BANK(Update Mobile Phone Number)

Utama / RHB NOW / CARA TUKAR NO HP RHB BANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP RHB BANK(Update Mobile Phone Number)

 

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. RHB Now merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan RHB Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No OTP akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar No HP RHB  kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP RHB BANK?

 

Kepada pengguna yang hadapi masalah seperti  nombor telefon sudah tidak aktif (expired) tidak boleh digunakan lagi untuk membuat urusan perbankan dan juga ingin kemaskini no telefon untuk merima OTP atas beberapa perkara berikut:

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan OTP
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • OTP diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • OTP juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu OTP dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP RHB BANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui RHB Now Internet Banking:
    • Layari laman weh RHB Now: https://logon.rhb.com.my/
    • Masukkan ID pengguna bersama kata laluan untuk log masuk akaun anda.
    • Pilih halaman profil (Profil Page).
    • Kemaskini / Tukar Nombor Telefon dan semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah.

 

  1. Penukaran No HP di Kaunter RHB Bank:
    • Sila pergi ke cawangan RHB Bank berdekatan,
    • Maklum dekat pegawai bank anda ingin kemaskini nombor telefon RHB lama dengan yang baru.
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Pegawai bank akan berikan Anda borang yang mesti Anda isi.
    • Tunggu beberapa minit, Anda akan menerima SMS dari RHB Bank yang mengandungi info bahawa Anda telah berjaya kemaskini nombor baru.

 

 

  1. Penukaran No HP di ATM RHB Bank:
    • Sila pergi ke mesin ATM TRHB Bank berdekatan.
    • Masukkan kad Debit/ATM
    • Masukkan PIN
    • Pilih Bahasa
    • Pilih Lain-Lain
    • Pilih Pendaftaran Nombor Telefon Bimbit
    • Pilih RHB Now OTP
    • Masukkan nombor telefon baru anda.
    • Semak nombor telefon baru, tekan butang Sahkan (Confirm).
    • Dapatkan resit / slip menyatakan kemaskini anda berjaya.Masukkan Nombor Telefon

 

  1. Penukaran no Hp melalui RHB Customer Care
    • Hubungi RHB Customer Care 1800 323 0100
    • Beritahu kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar no telefon lama dengan yang baru.
    • Pegawai bank akan minta maklumat peribadi Anda seperti nama, no kad pengenalan, no kad ATM dan no account bank.
    • Selepas itu, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON HONG LEONG BANK?

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan OTP selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi talian helpline RHB Bank Customer Care 1800 323 0100 atau Contact Centre at +603 9145 1388 (luar negara).

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah itu OTP?

One Time Password (OTP) adalah kod alfanumerik yang hanya berlaku untuk satu transaksi apabila anda melakukan transaksi berisiko tinggi. OTP akan dihantar bersama-sama dengan Kod Keselamatan melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan. Anda harus memastikan bahawa Kod Keselamatan yang dipaparkan di Halaman Pengesahan sesuai dengan Kod Keselamatan yang dikirim melalui SMS sebelum memasukkan OTP anda untuk menyelesaikan transaksi. OTP peka huruf besar kecil.

 

 

Adakah terdapat bayaran untuk menerima OTP?

Tiada bayaran untuk setiap SMS yang diterima dari RHB

 

Sekiranya saya tidak menerima OTP dalam 1 minit, apa yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda tidak menerima OTP dalam 1 minit, anda boleh meminta OTP lain dengan mengklik pautan ‘Klik di sini’ di bahagian bawah atau komen halaman.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarnag maklumat lanjut tentang CARA TUKAR NO HP RHB BANK, anda boleh layari web rasmi RHB Bank di pautan https://www.hlb.com.my/

14 Comments

  1. sye da tukar no fone lama ke no fone yang baru dekat atm branch tapi still guna no yang lama . sudah banyak kali sye tukar tapi still sama .

  2. Saya nak tukar nama bank sebab tidak guna nama lama lagi macam mana cara nya . Dapatkah ia ditukar guna hp sahaja?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *