CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

Utama / CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX / CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

Adakah anda pengguna unifi atau streamyx? Sekiranya ya, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk menukar password anda atas sebab-sebab tertentu. Tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara tukar  password Unifi/Streamyx, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX

Semestianya ada perlu tukar password anda atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:

  • Penggunaan Wifi anda tanpa kebenaran.
  • Hadkan penggunaan Wifi di rumah anda.
  • Terlupa password Wifi anda.
  • Terlupa nama Wifi anda.
  • Sekiranya menggunakan router atau modem yang baru.

 

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI

Sekiranya anda pengguna Unifi, berikut adalah merupakan cara untuk menukar Password anda pada router atau modem:

  1. Pastikan anda sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
  2. Buka Google Chrome anda dan taip ip address http://192.168.0.1
  3. Masukkan info login dan password.
    • Pada bahagian login – masukkan “tmadmin”
    • Pada bahagian password pula – masukkan “adm@xxxx” di mana “X” tu anda boleh lihat nombor MAC ID di belakang router Unifi anda (Original dari pihak TM), ambil nombor 4 digi terakhir di belakangnya,
  4. Seterusnya klik pada Login.
  5. Pergi ke menu SETUP » Wireless Connection » Manual Setup.
  6. Pada bahagian ADVANCE WIRELESS klik pda SECURITY SETTINGS
  7. Pada bahagian ini anda boleh tukar Password pada router atau modem unifi anda
  8. Selesai

 

CARA TUKAR PASSWORD STREAMYX

Sekiranya anda pengguna Streamyx, berikut adalah merupakan cara untuk menukar Password anda pada router atau modem:

  1. Pastikan anda sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
  2. Buka Google Chrome anda dan taip ip address http://192.168.0.1
  3. Masukkan info login dan password.
    • Pada bahagian login – masukkan admin/tmadmin”
    • Pada bahagian password pula – masukkan admin/tmadmin/password
  4. Pada menu utama pilih bahagian Interface Setup’ dan pilih Wireless
  5. Pada ruang Encryption tu diisi atau pilih TKIP/AES.
  6. Pada ruang Pre-Shared Key isikan password baru Wifi anda
  7. Seterusnya klik pada Save
  8. Kemudian, restart balik modem router anda tekan klik butang on/off.
  9. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (CARA DAFTAR & SEMAK BIL ONLINE)

SEMAKAN HARGA PENALTI YANG PERLU DIBAYAR(Jika Tamatkan Kontrak Broadband Mengikut ISP)

8 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *