CARA TUNTUT HUTANG  BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Prosedur & Dokumen Tuntutan Kecil)

Utama / CARA TUNTUT HUTANG / CARA TUNTUT HUTANG  BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Prosedur & Dokumen Tuntutan Kecil)

CARA TUNTUT HUTANG BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Prosedur & Dokumen Tuntutan Kecil)

Pernahkah anda alami masalah menuntuk balik hutang anda, tetapi orang yang berhutang dengan anda memberi bermacam-macam alasan? Disini kami kongsikan cara bagaimana cara untuk tuntut huntang melalui prosedur Mahkamah Tuntutan Kecil.

 

APA ITU MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL

 

Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar tuntutan “kecil” yakni tuntutan-tuntutan yang jumlah tuntutannya adalah tidak melebihi RM 5,000.00. Dalam kes tuntutan kecil, pihak-pihak yang menuntut tidak diwakili Peguam sekaligus menjimatkan poket anda dari membayar kos Peguam. Walaubagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari Peguam di luar Mahkamah berkenaan kes masing-masing.

 

PEKARA YANG BOLEH DITUNTUT MELALUI MAHKAMAH

 

Antara perkara yang boleh dituntut melalui Mahkamah Tuntuta Kecil adalah seperti berikut:

  1. Hutang
  2. Sewaan
  3. Barang rosak
  4. Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar, dll.

 

PANDUAN SEBELUM MEMBUAT TUNTUTAN

 

Berikut adalah merupakan panduan sebelum membuat tuntutan melalui Mahkamah:

  • Sekiranya tiada perjanjian bertulis “Black and White” semasa urusan pinjaman dilakukan, antara bahan bukti yang boleh kita kemukakan ialah saksi-saksi yang mengetahui urusan pinjaman, transaski atas talian yang berlaku atau resit deposit, perbualan teks seperti Whatsapp.
  • Jika pemiutang ingin menuntut ganti rugi disebabkan keengganan penghutang menjelaskan hutang, kita boleh kemukakannya dalam bentuk “claim interest” tetapi nilai keseluruhan perlu kurang daripada RM5000 beserta bahan bukti yang relevan.
  • Dalam kes penghutang yang ingkar walaupun mahkamah memutuskannya untuk membayar hutang, boleh dapatkan Perintah Ingkar untuk sita barang penghutang.

 

CARA TUNTUT HUTANG  BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Tuntutan Kecil)

 

Sekiranya anda ingin membuat tuntutan hutang, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Dapatkan Borang 198 di Mahkamah Majistret yang berdekatan atau muat turun DISINI (https://mahknp.files.wordpress.com/2013/10/borang-no-198.docx)
  2. Isikan Borang 198 dan dibuat sebanyak 4 salinan. Tuliskan amaun tuntutan dan fakta kes yang menjadi asbab kepada tuntutan tersebut.
  3. Bawa Borang 198 ni untuk difailkan di Mahkamah sebanyak 4 salinan tersebut. Bayaran pemfailan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.
  4. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 tersebut serta memberikan tarikh pendengaran (Tarikh pendengaran adalah tarikh dimana Mahkamah akan dengar kes tuntutan tersebut).
  5. Selepas menerima Borang 198 yang telah dimeterai oleh Mahkamah, orang yang menuntut (Plaintif) hendaklah melakukan serahan kepada orang yang dituntut (Defendan). Borang 198 tadi tu kena serah pada Defendan untuk bagi dia tau kita nak menuntut hutang dari dia ni.
  6. Serahan tersebut boleh dilakukan secara kediri (by hand) ataupun melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.
  7. Defendan, setelah menerima Borang 198 ni dan ingin mempertikaikan tuntutan Plaintif hendaklah memfailkan pembelaan dalam Borang 199 dalam masa 14 hari selepas menerima tuntutan dari Plaintif.
  8. Pembelaan hendaklah difailkan di Mahkamah. Jika gagal, penghakiman beserta kos akan diberikan kepada Plaintif. (*Kos tidak melebihi RM 100.00 shj)
  9. Selesai urusan pemfailan dan serahan Borang 198 ni, maka bersiap sedialah untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran yang telah diberikan sebelum ini.
  10. Di Mahkamah, Majistret akan mengendalikan kes. Jadi bawalah semua dokumen-dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutan anda terhadap Defendan dan ceritakan segalanya terhadap Majistret.
  11. Defendan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan pembelaannya (jika ada).
  12. Sekiranya Plaintif Berjaya dalam tuntutannya, maka Penghakiman akan diberikan.
  13. Penghakiman selalunya akan tulis lah Defendan kena bayar Plaintif amaun yang terhutang tu dalam suatu jangka masa (14 hari kebiasaannya).
  14. Penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret. Bayaran pemfailan adalah RM 20.00 sahaja.

 

SEKIRANYA DEFENDAN ENGGAN BUAT PEMBAYARAN

 

Setelah tuntutan dibuat dan pihak defendan enggan membuat pembayaran dalam tempoh diberi, berikut adalah caranya:

  1. Plaintif boleh pergi balik ke Mahkamah dan isi Borang 208 (Notis Tunjuk Sebab). Borang ni juga berharga RM 20.00.
  2. Borang 208 yang telah dicop oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan.
  3. Defendan setelah menerima Borang 208 hendaklah hadir ke Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah untuk menilai keupayaan Defendan untuk membayar hutang.
  4. Setelah dinilai, Mahkamah boleh keluarkan arahan supaya barangan milik Defendan disita & dijual. Mahkamah juga mungkin mengeluarkan arahan untuk Defendan membayar hutang secara ansuran kepada Plaintif sehingga selesai.
  5. Mahkamah juga boleh mengeluarkan arahan supaya Defendan dimasukkan ke “dalam”. Namun, segala kos di “dalam” hendaklah ditanggung oleh Plaintif.
  6. Waran tangkap akan dikeluarkan jika Defendan tidak hadir selepas Borang 208 dikeluarkan.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah dimaksudkan Plaintif dan defendan dalam tuntutan hutang di Mahkamah?

  • Plaintif – Pihak menuntut
    • Plaintif mesti membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Plaintif akan memanggil saksi untuk memberi keterangan semasa pemeriksaan utama. Saksi ini akan disoal dalam pemeriksaan balas oleh Defendan dan kemudiannya akan disoal semula oleh Plaintif di dalam pemeriksaan semula.
  • Defendan – Pihak dituntut
    • Defendan pula akan memanggil saksinya. Defendan perlu menimbulkan dan membuktikan pembelaan terhadap apa yang dituntut oleh Plaintif.

Selepas kedua-dua belah pihak menutup kes masing-masing, hujahan akan diberikan.

 

Apakah itu keputusan?

Keputusan adalah penghakiman atau perintah mahkamah. Ia akan diberikan serta-merta selepas penutupan perbicaraan ataupun pada hari yang lain. Jika diberikan pada hari lain, pihak-pihak akan dimaklumkan untuk hadir pada tarikh tersebut.

 

Apa akan berlaku jika salah satu pihak tidak melaksanakan keputusan mahkamah?

Perintah pelaksanaan hendaklah dipohon oleh pihak yang terkilan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tuntut hutang melalui Mahkamah, anda boleh layari pautan FAQ di http://www.kehakiman.gov.my/ms/soalan-lazim

 

ARTIKEL LAIN

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *