CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR(Semak Rayaun BPR Fasa 2)

 

CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR(Semak Rayaun BPR Fasa 2)

CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum BPR 2021. Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula TARIKH BUKA PERMOHONAN BARU BPR 2021 iaitu 15 Januari sehingga 15 Februari 2021. Pemohon perlu LOG MASUK MyBPR agar dapat membuat kemaskini dan pendaftaran baharu.

Bagi pemohon yang ingin membuat semakan kelayakan BPR FASA 3 dan tarikh pembayaran,boleh log masuk MyBPR bermula 28 September 2021.

CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR

Untuk log masuk kali pertama MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih. Kami akan kongsikan CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR untuk anda membuat pendaftaran dahulu. Langkahnya adalah seperti berikut:

1)  Masuk ke portal https://bpr.hasil.gov.my  Klik Menu MyBPR

2) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

3) Maklumat Keselamatan Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul

  1. a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
  2. b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
  3. c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR

4) Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

  • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
  • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan

  • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c)  Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d)  Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

  • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

e)  Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR

 

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Pemohon BPR 2021 yang ingin mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, anda boleh lakukannya dengan menghubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
  3. TALIAN TELEFON BPR 2021 : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

22 thoughts on “CARA UNTUK LOG MASUK MyBPR(Semak Rayaun BPR Fasa 2)”

  1. Saya terima kenyataan bahawa saya telah lulus BPR 2021, akan tetapi saya belum terima bayaran lagi sa hingga sekarang.

    Apabila saya buat semakan, saya di sekat…

    Account saya Ia lah PBB. Minta tlg jelaskan ! Terima kasih.

    Contact saya ia lah: [email protected], HP ; 911 61409228(whatsapp).

    Balas
  2. saya penerima bpn tapi bila nak semak masuk kp keluar belum daftar dan suruh masuk daftar akaun masalahnya takda pun menu daftar akaun.boleh bantu saya macamana

    Balas
  3. Bila masa gaji sy melebihi rm2500 gaji skrg rm2000 pun tak sampai pikir-pikir kn la beban yg nk hadapi fasa pertama alhamdulillah dpt awat fasa kedua berubah basic gaji sy dlm sistem

    Balas
  4. Saya telah diberhenti kan kerja 2tahun lepas. Kenapa saya x layak? Husband saya pencen tentera sahaja. Sila hubungi saya 0133921399 terima kasih

    Balas
  5. Saya ingin nak tahu kenapa saya tidak lulus untuk bantuan prihatin bpr 2021, saya tiada punca income yang tetap dan masih nak 1 orang anak yang bersekolah universiti.

    Balas
  6. Saya ingin nak tahu kenapa saya tidak lulus untuk bantuan prihatin bpr 2021, saya tiada punca income yang tetap dan masih nak tanggung 1 orang anak yang bersekolah universiti.

    Balas
  7. Fasa pertama bpr di luluskan fasa kedua tidak di Lulus pihak berkenaan boleh jelaskan (Gerardo Santos I 571225125285)tq

    Balas
  8. saya sebenarnya layak menerima BPR tapi setiap kali keputusannya tidak layak dan diminta buat rayuan,malangnya rayuan pada 05 jun21 ini tidak dapat di buat sebab PKP LHDN TUTUP.Di mana kah harus Saya membuat rayuan????Setiap nak beri bantuan ada saja masaalahnya sedangkan dalam sistem ada maklumat yang dulu?Pelik,kenapa ini harus sering terjadi???Di manakah silapnya,sistem error atau kelemahan manusia?????

    Balas
  9. saya telah lulus bpr 2021 tetapi saya belum terima bayaran lagi se hingga sekarang account saya maybank saya kerja gaji saya sebulan $800 ratus shj saya telah diberhenti kerja 2tahun tiada income tolong terima kasih

    Balas
  10. Saya seorang bujang wargamas berumur 67, duduk seorang diri tanpa keluarga tiada kerja dan tiada apa2 pendapatan. Saya terpaksa bayar bill api, air, sewa rumah, makan dan lain2. Dulu bawah BRIM saya dapat RM1,200 dan BSH RM1,000 sama seperti isi keluarga tapi sekarang saya lihat dah demoted sama dengan status bujang muda yang boleh duduk dengan keluarga nya dan yang bekerja dan ada pendapatan bawah RM2,500. Dengan longgok saya wargamas bujang dalam status bujang saya hanya dapat RM350. Saya hendak kerajaan fikirkan kalau saya makan RM1 sehari pun tak cukup untuk setahun 365 hari. Saya hendak minta kerajaan tolong timbang rasa kita semua wargamas bujang

    Balas
  11. Adakah saya akan mendapat bantuan BPR saya pada tarikh 28 dan juga untuk diri ini masih lagi memerlukan bantuan itu juga di sini ingin mohon kepada encik tentang status permohonan saya
    Saya ini dlm keadaan yang sangat susah untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga saya mohon kepada encik tentang status saya ini

    Balas
  12. Adakah saya B40 bujang bolih dapat bpr fasa 3 September 2021 ini?Saya telah pergi ke maybank utk semakan tapi tiada duit bantuan dalam akaun saya.

    Balas

Leave a Comment