CERMIN GELAP JPJ(Check Latest Tinted Rules)

PERATURAN CERMIN GELAP JPJ 2024(Check Latest Tinted Rules)

Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Tetapi adakah anda mengetahui kada ketelusan cermin gelap terkini mengikut peraturan JPJ? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

KADAR DENDA PERATURAN CERMIN GELAP JPJ

Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda seperti berikut:

  • Ttidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan pertama.
  • Bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

SEMAKAN KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP JPJ

Berikut adalah merupakan jumlah peratusan carmin gelap dan  mengikut peraturan JPJ iaitu:

PERATURANBAHAGIAN CERMINKADAR KETELUSAN CAHAYA (VLT)
Subkaedah (1)Cermin hadapan70 Peratus
Subkaedah (3)Cermin sisi pemandu50 Peratus
Kaedah 12 (1) (b)Cermin sisi belakangTiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)
Cermin sisi belakang penumpangTiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)
  1. Pindaan baharu ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.
  2. VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.
  3. Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

PENGECUALIAN UNTUK MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:

  1. Permohonan Berasaskan KESIHATAN
  2. Permohonan Berasaskan KESELAMATAN

CARA PERMOHONAN CERMIN GELAP JPJ

Berikut adalah merupakan prosedur bagi permohonan untuk mengunakan cermin gelap atas faktor dibenarkan iaitu:

  1. Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) – mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ
  2. Permohonan akan disemak satu jawatankuasa khas
  3. Surat keputusan akan dikeluarkan
  4. Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.

Cara Permohonan Cermin Gelap Atas Sebab Kesihatan

  • Pemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/Swasta
  • Pemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  • Bagi permohonan jenis ini,Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka

Cara Permohonan Cermin Gelap Atas Sebab Keselamatan

  • Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:
    • Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)
    • Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
    • Fi Permohonan sebanyak RM 50.00
    • Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap
  • Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:
    • Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
    • Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00) Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
  • Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:
    • Surat permohonan daripada Kedutaan
    • Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
    • Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap

KADAR BAYARAN DAN TEMPOH KELULUSAN CERMIN GELAP JPJ

Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan:

  • Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.
  • Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kadar ketelusan cermin gelap dan peraturan baharu JPJ, anda boleh:

ARTIKEL LAIN

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *