CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)

Utama / MySIKAP JPJ / CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)

CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)

Untuk memudahkan urusan anda menyemak saman dan bayar sama JPJ, kini JPJ menyediakan protal MySikap. Anda tidak perlu lagi bersusah payah hadir ke JPJ untuk membayar saman, semua boleh dibuat secara online.

 

Bagaimana ingin check dan bayar saman di MySikap? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU PORTAL MySIKAP

 

MySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Pellbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
  • Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
  • Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
  • Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
  • Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.

 

 

CARA SEMAK SAMAN JPJ DI MySIKAP(public.jpj.gov.my)

 

Untuk membuat semakan saman JPJ anda, pastikan anda telah daftar dengan portal MySikap terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan saman JPJ guna MySikap:

  1. Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
  3. Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
  4. Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya:
    1. No Pengenalan
    2. Nama
    3. Kategori
  5. Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
  6. Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
  7. Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
  8. Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
    1. No Saman
    2. No Pendaftaran Kenderaan
    3. Status
    4. Keterangan
    5. Amaun (RM)
  9. NOTA: Amaun yang terpapar adalah selepas diskaun yang diberikan.
  10. Selesai membuat semakan saman JPJ anda.

 

 

CARA BAYAR  SAMAN JPJ DI MySIKAP(public.jpj.gov.my)

 

Untuk membuat pembayaran saman JPJ di MySikap, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
  3. Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
  4. Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya:
    1. No Pengenalan
    2. Nama
    3. Kategori
  5. Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
  6. Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
  7. Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
  8. Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
    1. No Saman
    2. No Pendaftaran Kenderaan
    3. Status
    4. Keterangan
    5. Amaun (RM)
  9. NOTA: Amaun yang terpapar adalah selepas diskaun yang diberikan.
  10. Seterusnya anda boleh pilih saman yang anda ingin bayar, kemudian klik pada Bayar Saman di bahagian bawah.
  11. Semak kembali saman anda ingin bayar di bahagian Keterangan Transaksi.
  12. Pilih kaedah yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran iaitu:
    1. Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
    2. Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
  13. Tekan pada Bayar. Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda selesai.

 

TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ/Polis menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

  • Tarikh Tawaran: 9 -31 Disember 2021
  • Cara Bayaran: Kaunter JPJ/Trafik, Kiosk JPJ/Polis, Portal JPJ/MyBayar Saman & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara check bayar saman di  MySikap, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

MySikap JPJ: CARA DAFTAR ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

 

19 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *