CHECK BAYARAN GKP 3.0 FASA 1 RM1000:DUIT DAH MASUK BANK KE?

CHECK BAYARAN GKP 3.0 FASA 1 RM1000:DUIT DAH MASUK BANK KE?

CHECK BAYARAN GKP 3.0 FASA 1 RM1000DUIT DAH MASUK BANK KE

 

Melalui  Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa),kerajaan telah melancarkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) sebanyak RM1,000.

Bantuan ini ditambahbaik sebanyak RM500 pada 3 Mei 2021 dibawah PEMERKASA Plus.

Jadi mudah faham,terdapat dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

bila tarikh bayaran GKP 3.0 Fasa 1? Berikut ada cara check bayaran GKP 3.0 Fasa 1:

APA ITU GKP 3.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.

GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021.

SEMAKAN KELAYAKAN GKP 3.0

GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

  • Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 3.0 FASA 1 

Semakan status bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari (https://gkp.hasil.gov.my)
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan menu SEMAKAN STATUS.
  4. Status dan tarikh pembayaran dikreditkan akan dipaparkan.

BAGAIMANAKAH KAEDAH BAYARAN GKP 3.0 FASA 1?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan.Akaun bank mestilah aktif.Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

SOALAN LAZIM

Bila boleh semak status GKP 3.0 Fasa 1?

Semakan status boleh dibuat mulai 8 Jun 2021.

Bila bayaran GKP 3.0 Fasa 1?

Bayaran GKP 3.0 dibuat mulai 8 Jun 2021.

Berapa jumlah bantuan GKP 3.0 FASA 1?

RM1000

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan check bayaran GKP 3.0, boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:

8 thoughts on “CHECK BAYARAN GKP 3.0 FASA 1 RM1000:DUIT DAH MASUK BANK KE?”

Leave a Comment